Penyanyi Syasya Rizal kekal tenang meskipun terdapat segelintir warganet yang kurang senang apabila dia mengumumkan hamil anak kedua.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Bakal Timang Cahaya Mata Kedua!
Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu But*hurt Bila Orang Share Pengalaman’ – Syasya Rizal
Semua rezeki Allah
Menerusi perkongsian di TikTok, Syasya atau nama lengkapnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, memberikan respon terhadap segelintir warganet yang mendakwa masih terlalu awal untuk dirinya hamil selepas melahirkan anak pertama.
Menurut Syasya, dia menerima semua rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT terutama perihal anak.
Saya baca apa yang netizen cakap, ‘gelojohnya tak buat family planning ke?’
Kun faya kun, Allah kata jadi maka jadilah.
Rezeki orang dekat dunia ini berbeza-beza.
Rezeki saya buat masa sekarang adalah rezeki anak, jadi saya bersyukur dengan apa sahaja yang Allah bagi.
Rasa takut itu mestilah ada tapi saya tenang dan selalu mengingatkan diri untuk percaya pada perancangan Allah. Perancangan Allah lebih baik daripada manusia.
Hamil anak kedua

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Dolla terebut turut berkongsi momen ketika mengetahui dirinya sedang berbadan dua.
Masa saya tahu yang saya hamil, waktu itu 10 malam terakhir puasa.
Ketika itu kami di pusat beli beli belah. Saya beli kit ujian kehamilan dan periksa.
Saya gementar dan takut. Lepas tunjuk kit itu pada Naz dia hanya cakap, ‘Alhamdulilah rezeki.’
Katanya, ‘Allah tak akan bagi sesuatu kalau kita tak mampu untuk hadapi. Anak adalah sebahagian daripada rezeki juga.’
Bila saya dengar apa yang Naz katakan, saya terfikir mengapa pula saya perlu takut. Walaupun ini bukan perancangan saya tapi ini perancangan Allah.
Sekitar September lalu, Syasya mengumumkan bahawa dia sedang hamil anak kedua.
Sekadar info, Syasya sah bergelar isteri pada suaminya, Nasrullah pada 20 April tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan.
Sumber: TikTok Syasya Rizal
The post [VIDEO] Syasya Rizal Percaya Rezeki Allah Meski Netizen Dakwa Tak Buat ‘Family Planning’ – ‘Kun Fayakun’ first appeared on OHBULAN!.



Sekarang dah masuk 3rd trimester, every stretch dan pergerakan rasa macam tengah bermarathon ye
Mummies, macam mana korang survive sciatica pain ni? Drop tips pls 



