Pelakon, Shukri Yahaya menitipkan kata-kata semangat kepada rakan seperjuangannya, Fadhlan Hazim yang dikhabarkan mahu mengundurkan diri daripada bidang lakonan.
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Setia, Dijadikan Suami Contoh – ‘Tengok Rezeki Dia Melimpah’
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Kongsi Ragam Pengarah, Pernah Disidai Lapan Jam Di Set Penggambaran
‘Fadhlan unik’

Ketika ditemui , Shukri atau nama penuhnya Mohd Shukri Yahaya menyifatkan Fadhlan seorang pelakon yang memiliki keunikan tersendiri.
Apa yang boleh saya cakap dekat dia, jangan putus asa.
Teruskan berjuang sebab saya rasa dia seorang pelakon yang rare. Pelakon lain tidak ada apa yang dia ada, jadi kalau boleh teruskan.
Saya tidak nampak apa kekurangan dia, cuma mungkin apa yang dialami itu saya tak tahu. Kita kena hormat apa jua keputusan dia.
Ketika ditanya sama ada pernah terlintas di fikirannya untuk berputus asa dalam bidang ini, Shukri menegaskan dia tidak pernah mempunyai niat atau pemikiran sedemikian.
Saya tidak pernah rasa mahu putus asa sebab ini punca rezeki saya. Kalau boleh, saya akan cari apa kekurangan saya untuk diperbaiki.
Tengoklah sampai bila saya boleh berada dalam industri, cuma saya tidak pernah rasa tersisih atau tercabar dengan lambakan pelakon baharu.
Bagi saya, dalam industri ini kita kena pandai bawa diri. Dari dulu sampai sekarang, prinsip saya adalah jaga kerja dan jaga kualiti kerja.
Sebelum ini, Fadhlan mengejutkan orang ramai apabila mengambil keputusan untuk mengundurkan diri seketika daripada dunia seni selepas bakatnya dalam dunia lakonan seperti dipandang sepi.
Pemilik nama Fadlan Hazim Anuwar, 33, mengakui semakin penat apabila segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan seolah-olah tidak dihargai atau dipandang.
The post [VIDEO] Shukri Yahaya Titip Semangat Kepada Fadhlan Hazim – ‘Teruskan Berjuang, Awak Pelakon Rare’ first appeared on OHBULAN!.