
Isteri usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid berkongsi kisah susah senang di awal perkahwinan bersama suaminya.
Usaha sendiri
Menerusi potongan klip siaran langsung TikTok, Shahida mendedahkan Aliff datang daripada keluarga yang kaya.
Menurut Shahida, suaminya berusaha sendiri untuk mengubah nasib keluarga kecil mereka ketika itu.
Aliff ini memang anak orang kaya.
Ada beberapa kes menjadi punca Aliff berkeputusan untuk berhenti kerja ketika itu.
Dan daripada itu, dia memilih untuk mula berniaga daripada bawah.
Dulu, rumah kami pun tampal surat khabar sebab tak mampu beli langsir.
Sampai sekarang, kami tak percaya boleh hidup senang.
Tambahnya, Aliff tidak akan pulang ke rumah selagi tidak membawa hasil untuk menyara keluarganya.
Cabaran menjadi isteri Aliff

Berkongsi lebih lanjut, Shahida akui tidak mudah menjalani kehidupan sebagai isteri kepada usahawan berusia 37 tahun itu.
Bila kita dah berkahwinan, kita dah bersedia untuk susang senang bersama.
Mungkin orang nampak, seronok lah dia kahwin dengan anak Sendayu Tinggi.
Tapi orang tak tahu apa yang saya lalui.
Jadi isteri Aliff tidak mudah, semangat dia untuk mengubah nasib hidup keluarga terlalu tinggi.
Daripada kecil, dia memang suka meniaga.
Pada akhir perkongsian, Shahida sempat meluahkan rasa syukur dan kagum dengan sikap Aliff yang melayani ibu bapa mentuanya dengan baik.





