Momen di antara pelakon dan juga aktivis negara Ardell Aryana bersama anaknya telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Muka Nampak Pucat, Ardell Aryana Rebah Sebelum Naik Bas
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 23 Pejuang Global Sumud Flotilla Selamat Tiba Di Kuala Lumpur.. 2,000 Sambut Kepulangan Dengan Laungan ‘Bebas Gaza’
Momen ibu & anak

Menerusi perkongsian video di Threads, kelihatan Ardell atau nama lengkapnya Nur Hidayah Mohd Amin, 35, sedang mendukung dan berciuman dengan anak kecilnya itu.
Wajah Ardell yang lemah namun tetap melayan telatah anaknya itu telah membuatkan ramai berasa sayu.
Dalam keadaan tak sihat, badan lemah tapi bila anak sambut kepulangan dia, dia gagahkan diri untuk dukung juga.
Saat dia tunduk dan cium anaknya, si kecil itu balas ciuman semula.
Momen kecil tapi buat hati luluh.
Kasih seorang ibu, walau sakit tak pernah pudar.
Ciuman kecil itu, seolah-olah penawar segala penat.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak apabila melihat Ardell bersama anaknya itu.
Bagaimanapun, mereka tetap kagum dengan semangat juang yang dimiliki ibu kepada dua orang cahaya mata itu dalam menentang kekejaman rejim Zionis.
Terdahulu, Ardell juga telah mengejutkan orang ramai apabila dilaporkan rebah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika dalam perjalanan menuju ke bas untuk pulang ke hotel selepas selamat tiba dari Turkiye.
Seramai 23 sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk Zizi Kirana, Pu Rahmat, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi selamat tiba KLIA1 pada jam 10.07 malam pada Selasa.
Untuk info, kesemua sukarelawan Malaysia bagi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Ramai Tersentuh Lihat Momen Ardell Aryana Dukung Anak – ‘Ciuman Si Kecil Itu Penawar Segala Penat’ first appeared on OHBULAN!.