27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Rakan Pertahankan Shuk, Saksi Kepayahan Cari Rezeki – ‘Dia Sanggup Kerja Lebih Masa Untuk Umrah, Trip Eropah & Pembedahan Fara’

    Shopee Sale



    Anggota podcast Lepak Bapak iaitu Feroz dan Li tampil memberi kenyataan berhubung kontroversi rumah tangga pelawak Shuk Sahar.

    Shuk cari rezeki

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Lepak Bapak (@lepakbapak)

    Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Feroz mendedahkan bahawa mereka menyaksikan sendiri usaha Shuk untuk mencari rezeki hingga ke larut malam.

    Ia bermula sebelum Ramadan, kami ramai-ramai ke Kuala Lumpur jumpa Shuk di sana kemudian isu antara dia dan isteri berlaku. Motif kami ke Kuala Lumpur untuk mencari pembekal bagi perniagaan kami di bazar.

    Shuk pula ada beberapa bisnes yang dia jalankan, walaupun isu itu sedang berlaku tetapi dia sibuk ke sana sini.

    Apa yang kami nampak, walaupun dia artis tetapi dia uruskan perniagaan. Dekat bazar sampai pukul 2 3 pagi jual minyak wangi untuk cari rezeki.

    Menurut Feroz, sebelum bulan Ramadan lagi pelawak tersebut telah bertungkus lumus bekerja demi keperluan keluarganya.

    Di luar bulan Ramadan pula, dia sanggup kerja lebih masa nak simpan duit untuk trip ke umrah, Eropah dan untuk pembedahan Fara.

    Kami nampak kesusahan dia, dia gunakan masa dia sampai lewat malam, malah kadang kala dia terus balik ke Pulau Pinang.

    Tak ramai nampak kesusahan, usaha, tanggungjawab dan kejujuran dia dalam berniaga. Kami bangga ada kawan seperti dia sebab dia bukanlah duduk relaks sahaja.

    Dalam masa yang sama, Li juga berharap agar nama baik Lepak Bapak tidak dikaitkan dengan isu rumah tangga mereka.

    Kami senyap sebab sekarang adalah waktu yang tepat untuk kami beri kenyataan. Kami tak masuk campur hal rumah tangga cuma kami beritahu apa yang kami nampak.

    Ini nasihat untuk semua, kalau berlaku sebarang isu jangan terus kaitkan nama orang lain sebab ini adalah masalah individu.

    Apa-apa pun kami tetap bersama dengan Shuk.

    Respon Shuk

    shuk sahar ludah

    Sementera itu, Shuk atau nama lengkapnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar dilihat turut meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

    Terima kasih Lepak Bapak, bukan sebab back up aku tapi sebab buat aku rasa ada keluarga di Singapura.

    Maaf kalau hal aku buatkan awak semua terpalit cerita yang tak baik. Semoga Allah balas kebaikan awak semua dengan kebaikan.

    Terdahulu, Fara berkongsi rakaman video mendakwa dirinya yang diceraikan Shuk dengan talak satu menerusi panggilan telefon melalui aplikasi WhatsApp.

    MENARIK:  [VIDEO] Nabil Imbas Kembali Kekecewaan Ibu Bapa Ketika Nama Terpalit Kontroversi – ‘Ayah Aku Telefon, Dia Kata Kalau Berani Kau Balik’

    Shuk turut didakwa melakukan lafaz cerai itu bersama sebuah agensi perkahwinan di Thailand.

    Sekadar info, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Fara Salleh pada November 2023.

    Untuk rekod, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah