30.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nelydia Senrose Enggan Komen Isu Buka Tudung, Mohon Doa Orang Ramai – ‘Saya Masih Cuba Untuk Jadi Insan Lebih Baik’

    Shopee Sale



    Penampilan terbaharu pelakon, Nelydia Senrose yang dilihat tidak lagi mengenakan hijab sejak Jun lalu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

    ‘Saya masih cuba jadi manusia baik’

    Ketika ditemui , Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 30, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung penampilannya itu sebaliknya dia mengakui masih mencuba untuk menjadi insan yang lebih baik.

    Saya tak ada komen tentang perkara (penampilan) itu.

    Macam saya pernah cakap sebelum ini, saya sedang mencuba dan masih mencuba dan tidak akan berhenti mencuba untuk menjadi manusia lebih baik.

    Nelydia berkata demikian ketika ditemui pada sesi fotografi bagi drama Seindah Hujan Cinta yang berlangsung di Bandar Utama, pada Selasa.

    Minta doa yang baik-baik

    " data-video-id="7462270865313369361" style="max-width: 605px;min-width: 325px;">
    @official Doakan yang baik-baik ?# #fyp #news #nelydiasenrose #nokomen #isu #tudung ? original sound – OHBULAN!

    Dalam kesempatan itu, adik kepada aktres Uqasha Senrose ini juga memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

    Jadi saya mengharapkan doa daripada orang ramai untuk menjadi manusia yang lebih baik.

    Saya tahu dan percaya doa yang baik itu akan berbalik kepada diri kita.

    Apabila ditanya mengenai responnya terhadap komen-komen netizen berhubung penampilannya yang tidak lagi berhijab, pelakon drama Seindah Hujan Cinta itu enggan memberi sebarang kenyataan.

    Saya tak nak komen lanjut mengenai perkara itu.

    Sekitar Jun lalu, nama Nelydia menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas dilihat tidak lagi berhijab. Malah pelakon drama popular Setia Hujung Nyawa itu didakwa menukar gambar profil Instagram yang menunjukkan tidak lagi bertudung.

    MENARIK:  ‘Kalau Sehari Tidak Berpeluh Bukan Sayalah’ – Zahida Rafik Dedah Rahsia ‘Maintain’ Awet Muda

    Sekadar info, Nelydia telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019.

    Dalam perkembangan lain, Nelydia akan muncul menerusi drama Seindah Hujan Cinta yang turut dibintangi oleh pelakon Ezzani Jasny, Hariz Hamdan, Yusuf Bahrin dan ramai lagi. Drama arahan Feroz Kader ini bakal ditayangkan di TV3

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah