26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nad Zainal Ada Sebab Hantar Anak Ke Sekolah Kerajaan, Tak Mahu Kewangan Terbeban Jika Swasta – ‘Saya Pelakon Biasa, Ada Pasang Surutnya’

    Shopee Sale



    Nad Zainal

    Pelakon Nad Zainal berpendapat tidak menjadi masalah sekiranya ibu bapa zaman kini menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerajaan.

    Hantar anak sekolah kerajaan

    Nad Zainal

    Nad atau nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin, 34, berkata, sekolah kerajaan telah membuktikan mampu melahirkan ramai individu yang cemerlang dan golongan profesional.

    Saya rasa tidak menjadi masalah pun nak hantar anak ke sekolah kerajaan. Seluruh ahli keluarga saya pergi sekolah kerajaan. Suami saya pun punyai lulusan luar negara bermula daripada sekolah kerajaan.

    Saya tak nampak perkara ini sebagai satu masalah. Kita tak boleh memandang rendah kepada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah kerajaan atau sekolah yang yurannya lebih murah berbanding sekolah swasta.

    Nad berkongsi pandangannya ketika ditemui di acara Fipper x Bayu Somerset di KL East Mall, Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Didikan dari rumah

    Nad Zainal

    Tidak menyokong kenyataan sekolah mahal lebih bagus, isteri kepada aktor Ungku Ismail itu menambah, pendidikan terbaik untuk anak-anak adalah bermula dari rumah.

    Saya dan suami memang tegas dalam pendidikan anak-anak. Kami hadkan penggunaan gajet dan televisyen. Sekiranya mereka berjaya membuktikan sesuatu atau meraih pencapaian yang bagus di sekolah, barulah kita izinkan.

    Kalau ada yang kata sekolah mahal (swasta) lebih bagus, pada saya itu tidak betul. Kita kena didik sejak di rumah. Kalau bayar sekolah mahal-mahal tapi di rumah dan di sekolah tetap dimanjakan, tak jadi apa-apa.

    Jelas Nad lagi, dia tidak mahu pelajaran anak-anak terganggu disebabkan terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi jika menghantar ke sekolah swasta.

    Saya ini hanya pelakon biasa. Ada pasang dan surutnya. Kalau selamanya kita nak hantar anak ke sekolah swasta tapi di kemudian hari kita tak mampu, pelajaran anak akan tersekat.

    Apa yang saya buat ini adalah di atas kemampuan dan saya lihat sekolah kebangsaan masih relevan. Ramai produk-produk daripada sekolah kebangsaan yang berjaya sambung belajar ke peringkat tertinggi dan menjadi golongan profesional yang hebat.

    MENARIK:  ‘Hijrah Prihatin Kisah Mereka’ Santuni 40,000 Golongan Memerlukan, Warga Emas & Kelab Met Harian Metro Antara Terpilih
    " data-video-id="7475921970421386503">
    @official Tiada masalah pun sebenarnya ??# #fyp #news #nadzainal #hantar #anak #ke #sekolah #kerajaan ? original sound – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah