27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 26, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Luna Maya Rancang Timang Anak Tahun Depan, Mahu Nikmati Dulu Kehidupan Berdua

    Shopee Sale

    Pelakon jelita Indonesia Luna Maya merancang untuk menimang cahaya mata pertama tahun depan setelah lima bulan melayari bahtera perkahwinan bersama pelakon, Maxime Bouttier.

    Artikel Berkaitan: Luna Maya Pernah Menangis Tak Ada Duit – ‘Akaun Bank Pernah Tinggal Rp0’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Majlis Resepsi Luna Maya ‘Diserbu’ 800 Tetamu, Hadiahkan ‘Doorgift’ Bernilai Hampir RM2,600 Seorang

    Perlahan dari sudut kerjaya

    Ketika ditemui , Luna atau nama lengkapnya Luna Maya Sugeng, 42, berkata, dia bakal memperlahankan kerjaya seni demi memberi fokus pada proses mendapatkan cahaya mata.

    Tambah Luna, dia bahagia menikmati kehidupan berdua bersama suami sekali gus dapat mengenali antara satu sama lain lebih dalam.

    Mungkin nanti saya akan sedikit perlahan (kerjaya) kalau kami sudah memutuskan untuk mempunyai anak. Perancangannya tahun depan.

    Buat masa ini, kami mahu menikmati kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu dan saling mengenali lebih mendalam.

    Luna berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Sukma, di GSC Mid Valley Megamall, pada Jumaat.

    MENARIK:  BJAK Melancarkan Pembebasan Cukai Jalan Digital Bernilai RM150 Juta, Memberi Manfaat kepada 6 Juta Rakyat Malaysia

    Menguatkan hubungan suami isteri

    Berkongsi lebih lanjut, Luna berpendapat suami isteri perlu memiliki hubungan yang kuat sebelum membina sebuah keluarga.

    Ujarnya lanjut, dia merancang segalanya dengan tersusun agar tidak menyesal di kemudian hari.

    Saya merancang untuk memiliki cahaya mata tahun depan.

    Kami ambil masa untuk bersama dahulu. Kami nak kenal lebih rapat dan apabila rasa betul-betul serasi baru ke fasa seterusnya.

    Bagi saya semua perlu tersusun dan bersedia. Saya tidak mahu menyesal.

    Bukan risau tapi mencari waktu yang terbaik.

    Dalam membina keluarga, pasangan harus utuh.

    Sekadar info, Luna dan Maxime selamat mendirikan rumah tangga pada 7 Mei lalu dalam satu majlis meriah yang diadakan di Bali.

    The post [VIDEO] Luna Maya Rancang Timang Anak Tahun Depan, Mahu Nikmati Dulu Kehidupan Berdua first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah