26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kereta ‘Terbang’ Masuk Ke Semak, Luahan Wanita Ini Bikin Berdekah! – ‘8 Tahun Kita Sama-Sama Drifting, Kenapa Hari Ni Awak Tak Perform?’

    Shopee Sale



    Di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai masturamk mencuit hati netizen sewaktu berkongsi keadaan dirinya yang terlibat dalam satu kemalangan di lebuh raya.

    Tenangkan diri selepas terbabas

    " data-video-id="7418149898488417537">
    @masturamkSetelah 8 tahun always selamat, this time man down. But still bersyukur, Allah lindung, Allah jaga . Alhamdulillah.? original sound – Mastura Mk

    Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan memaklumkan kereta yang dipandunya telah pun terbabas sebelum ‘terbang’ masuk ke dalam semak.

    Kelihatan juga kereta jenis Perodua Axia berwarna putih miliknya terkandas di tengah-tengah kawasan semak dan berada agak jauh dari bahu jalan.

    Saya tak ada niat pun, memanglah saya kata nak beli kereta Axia baru tapi saya tak kata saya jual awak kan?

    Kenapa hari ni awak tak perform? Lapan tahun kita perform sama-sama, drifting. Hari ni kenapa awak tak perform.

    Kenapa hari ni kita ke dalam semak? Ini bukan jalan yang sebenar nak pergi kerja ‘my baby’.

    Ini bukan jalan sebenar, kita dah sesat.

    Hantaran tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur mendengar luahan hati wanita itu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Nafikan 100%, Demi Allah Tak Pernah Jejakkan Kaki Ke Mahkamah Syariah’ – Uqasha Senrose

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan wanita itu dipermudah.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah