30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bahaya Renjatan Elektrik: Mengapa Anda Perlu Berhenti Guna Telefon Pintar Semasa Dicas

    Shopee Sale

    Penggunaan telefon pintar ketika sedang dicas semakin menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian, namun tabiat ini sebenarnya boleh mendatangkan risiko keselamatan dan kesihatan yang serius.

    Artikel Berkaitan: Risiko Pemakaian ‘Skinny Jeans’ Terhadap Kesihatan

    Artikel Berkaitan: Urus Wang Dengan Bijak, Ini 5 Amalan Yang Perlu Dilakukan

    Risiko renjatan elektirk

    Ketika proses pengecasan berjalan, peranti menghasilkan haba dan arus elektrik dan penggunaan serentak boleh menyebabkan telefon menjadi terlalu panas serta mempercepatkan kerosakan bateri hingga meningkatkan risiko renjatan elektrik.

    Risiko ini menjadi lebih tinggi apabila telefon digunakan untuk bermain permainan video semasa dicas. Ini kerana ianya memerlukan tenaga kuasa besar disebabkan grafik beresolusi tinggi dan kesan visual yang kompleks.

    Semasa proses pengecasan dan penggunaan berat berlaku serentak, bateri berada dalam keadaan tekanan berganda yang menyebabkan suhu telefon meningkat dengan cepat.

    Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan komponen dalaman, malah boleh memendekkan jangka hayat bateri dan dalam situasi tertentu menyebabkan kerosakan serius.

    Selain itu, amalan mengecas telefon secara berterusan walaupun paras bateri masih mencukupi turut memberi kesan negatif dalam jangka panjang.

    MENARIK:  [VIDEO] Faisal Halim ‘Pujuk’ Pemain Cilik, Selit Kata Semangat – ‘Kalau Kita Nak Berjaya, Kena Kuat’

    Bateri Lithium-Ion mempunyai had kitaran pengecasan tertentu, dan pengecasan berlebihan akan mempercepatkan kemerosotan prestasinya.

    Penggunaan telefon semasa dicas juga menyebabkan proses pengecasan menjadi lebih perlahan. Kuasa elektrik yang dibekalkan tidak sepenuhnya disalurkan kepada bateri kerana sebahagiannya digunakan oleh aplikasi dan operasi yang sedang berjalan.

    Membahayakan pengguna

    Dari segi keselamatan fizikal, pergerakan telefon ketika dicas boleh menyebabkan kabel pengecas mudah rosak sekali gus mengganggu aliran kuasa, meningkatkan risiko litar pintas dan seterusnya membahayakan pengguna.

    Risiko renjatan elektrik juga boleh berlaku, terutamanya jika terdapat cecair berhampiran atau pengecas yang digunakan tidak berkualiti.

    Dari sudut kesihatan pula, meletakkan telefon berhampiran kepala ketika sedang dicas tidak digalakkan. Walaupun tahap radiasi yang dikeluarkan adalah rendah, pendedahan berterusan dalam jangka masa panjang dikhuatiri boleh memberi kesan buruk.

    Selain itu, menggunakan telefon di bahagian telinga semasa pengecasan turut meningkatkan risiko renjatan elektrik sekiranya berlaku kerosakan pada peranti atau aksesori pengecasan.

    Sumber: Wanista

    The post Bahaya Renjatan Elektrik: Mengapa Anda Perlu Berhenti Guna Telefon Pintar Semasa Dicas first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah