27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 26, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Tak Tunggang Isu Gaza – ‘Lagu Itu Dicipta Sebelum Kami Tahu Tentang GSF’

    Shopee Sale

    Lagu ‘Mungkir Takdir’ nyanyian pasangan adik-beradik, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi yang diinspirasikan daripada perjuangan penduduk Gaza telah mendapat pelbagai respon. Namun, ada yang mendakwa mereka seolah-olah menunggang tentang misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

    Artikel Berkaitan: Heliza & Hazwani Helmi Tampil Dengan Single ‘Mengukir Takdir’, Papar Realiti Perjuangan & Harapan

    Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Beri Keizinan & Reda, Ku Serahkan Dirimu Dalam Penjagaan Allah’ – Heliza Helmi

    Sebelum sertai GSF

    Ketika ditemui , pemilik nama Nur Hazwani Afiqah Helmi yang juga komposer bagi single tersebut menjelaskan bahawa, karya berkenaan telah dicipta dan dirakamkan sebelum mereka mengetahui tentang misi kemanusiaan itu.

    Lagu ini diciptakan sebelum kami tahu tentang Global Sumud Flotilla.

    Kami mahu apabila orang mendengar, mereka akan kaitkan dengan Rasulullah SAW, Palestin dan untuk diri mereka sendiri juga.

    Menurut Hazwani, lagu tersebut dirakamkan bukan sekadar kebetulan tetapi ianya adalah aturan indah daripada Allah SWT.

    Kebetulan pula, selepas rakaman lagu tersebut kami mengetahui tentang misi GSF.

    Jadi, Allah sudah susun dengan cantik. Kami buat lagu dahulu kemudian barulah ke misi GSF.

    Luahan rindu & semangat

    Sementara itu, Heliza berkata, perasaan rindu terhadap saudara Islam di Gaza amat mendalam lalu mereka menzahirkannya menerusi lagu tersebut selain ia diciptakan juga untuk meniup semangat kepada setiap pendengar.

    Kami terlalu rindu (untuk ke Gaza). Sejak dari 7 Oktober 2023, kami sudah hantar pasport untuk ke sana.

    Jadi disebabkan tidak dapat teruskan perjuangan, kami menghasilkan sebuah lagu yang boleh memberi semangat kepada kita dan juga warga Palestin.

    Semasa berada di Jakarta, Zizi Kirana, Ardell Aryana dan Iylia Balqis adalah saksi yang mendengar lagu ini. Mereka mendengar lebih awal daripada yang lain.

    Kami tak dapat kawal apa yang diperkatakan orang tapi kita doakan yang baik-baik sahaja.

    Mudah-mudahan Allah beri kita petunjuk untuk ikut jalanNya.

    Untuk info, ‘Mungkir Takdir’ merupakan sebuah karya hasil ciptaan komposer prolifik Wan Saleh bersama Hazwani Helmi.

    MENARIK:  Jom Cuba 5 Resipi Enak Ni Sempena Hari Bapa!

    ‘Mengukir Takdir’ juga merupakan single pertama hasil kerjasama antara Heliza dan Hazwani Helmi serta Alternate Records & Talents.

    Terdahulu, pada 7 Oktober lalu seramai 23 sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

    Sebelum itu, kesemua sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dibebaskan selepas ditahan pihak Israel sejak 2 Oktober dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.

    The post [VIDEO] Heliza & Hazwani Helmi Tak Tunggang Isu Gaza – ‘Lagu Itu Dicipta Sebelum Kami Tahu Tentang GSF’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah