Peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs meluahkan rasa syukur dan gembira apabila doanya kepada penduduk Gaza di makbulkan Allah SWT.
Artikel Berkaitan: Rakan Mohon Haroqs Pulang – ‘Dia Orang Baik & Tak Ada Yang Perlu Ditakutkan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Haroqs Doa Ikan Dah Sampai Di Gaza’
Syukur & gembira

Menerusi perkongsian di Threads, Haroqs atau nama sebenarnya Muhammad Hareez Adzrami, berkata, dia tidak dapat menahan air mata selepas melihat video saudara-saudara di Gaza teruja selepas dilimpahkan dengan rezeki ikan yang banyak.
Mereka boleh rampas apa yang kita ada, tapi mereka tak boleh rampas apa yang Allah ada.
Sejujurnya saya menangis bila kali pertama lihat video mereka setelah dibebaskan dari penjara.
Saya sedih dan gembira kerana Allah dengar doa kita semua.
Mintalah kepadaNya kerana Allah itu Maha Pemberi.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak apabila doa yang dipanjatkan Haroqs menjadi kenyataan selain mengagumi dirinya sebagai seorang aktivis yang berani.
Terdahulu, ketika Haroq sedang memancing semasa dalam perjalanan ke bumi Gaza, seekor ikan tiba-tiba melompat masuk ke dalam bot.
Lantas, Haroqs berdoa kepada Allah agar mengurniakan rezeki ikan yang lebih banyak untuk penduduk Palestin.
Beberapa hari kemudian, tular sebuah video memaparkan kegembiraan rakyat Palestin apabila dikurniakan rezeki ikan yang melimpah ruah.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Haroqs Menangis Doa Rezeki Ikan Melimpah Di Bumi G*za Dimakbulkan – ‘Mereka Tak Boleh Rampas Apa Yang Allah Ada’ first appeared on OHBULAN!.