29 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Haneesya Hanee Tempelak Netizen, Kesal Isu Kelab Malam Kembali Diungkit – ‘Saya Tidak Pernah Sebut Nama Sesiapa’

    Shopee Sale

    Gara-gara berang nama dipetik, pelakon, Haneesya Hanee menempelak segelintir netizen yang menuduhnya cuba untuk menumpang populariti berkaitan isu yang sedang tular ketika ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haneesya Hanee Kecewa, Tuntut Keadilan Bagi Kematian Zara Qairina – ‘Kalau Macam Ini, Kita Belum Merdeka’

    MENARIK:  Imran Ajmain Buat Kerja Gila, ‘Sumbat’ 37 Lagu Dalam Satu Album

    Artikel Berkaitan: Haneesya Hanee Beri Ibu Kad Bank, Bebas Guna Bila-Bila Masa – ‘Duit Saya Adalah Duit Mommy Juga’

    Tidak puas hati

    " data-video-id="7538259176787676423" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @haneesyahanee_

    Replying to @Preloved by ODy

    ♬ original sound – Haneesya Hanee – Haneesya Hanee

    Menerusi muat naik di TikTok, pelakon berusia 25 tahun itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila isu berkaitan dirinya sebelum ini dibangkitkan kembali.

    Kata Haneesya, dia tidak pernah menyebut nama mana-mana pihak, sebaliknya netizen yang memulakan pergaduhan itu dengan menyebut kembali isu lama.

    Setahu saya, isu yang viral sekarang tiada kaitan dengan saya tetapi macam mana isu saya minum itu boleh naik semula?

    Saya tidak pernah menyebut nama sesiapa dan saya juga tidak pernah mengatakan individu itu yang pernah menyebarkan video minum saya? Saya tidak mengiyakan dan menidakkan kenyataan itu.

    Kenapa kamu semua serang saya macam saya yang mulakan masalah ini? Sedangkan kamu semua yang petik nama saya.

    Hairan

    Jelas Haneesya, pada awalnya dia berasa hairan apabila netizen kembali meneliti video-video lamanya di media sosial.

    Pada waktu itu saya muat naik video dengan kapsyen itu saya memang tidak tahu dengan isu semasa.

    Saya tidak kisah sekiranya ramai yang menyokong dia. Saya cuma mahu cari rezeki yang halal untuk keluarga saya.

    Terdahulu, nama Haneesya kembali meraih perhatian apabila isu berkaitannya kemenangannya yang diraih dulu dalam sebuah program ditarik semula susulan kontroversi di kelab malam.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Haneesya Hanee Tempelak Netizen, Kesal Isu Kelab Malam Kembali Diungkit – ‘Saya Tidak Pernah Sebut Nama Sesiapa’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah