24.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Atikah Suhaime Nasihat Isteri Tak Salah Jadi ‘Princess’, Dimanjakan Suami – ‘Saya Berada Dalam Fasa Soft Girl’

    Shopee Sale

    Pelakon, Datin Atikah Suhaime menasihatkan wanita terutamanya para isteri tidak salah untuk menjadi ‘puteri’ dengan berehat dan menikmati duit suami.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Akui Khilaf, Tersentak Suami Tegur Percakapan Makin Kasar – ‘Jangan Sombong, Walaupun Kita Bekerja’

    MENARIK:  [VIDEO] Mekyun Pernah Ada Kekasih Melayu, Dedah Suka Lelaki Tinggi & Berhidung Mancung

    Artikel Berkaitan: ‘Maid Hanya Mudahkan Urusan Kerja, Kalau Tidak Saya Tegaskan Mahu Jaga Mulan’ – Atikah Suhaime

    Biarkan dilayan seperti ‘princess’

    " data-video-id="7601399643619986706" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @atikahsuhaimeeee

    Alhamdullilah. In my princess era. I hope you get your princess era soon too 💋 #fyp #pilates #angrykoala #princessera #softgirlera

    ♬ original sound – Rebecca W. 🎀🌸🍵✨

    Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, berkata tidak menjadi kesalahan untuk bergantung hidup kepada suami walaupun mempunyai pendapatan sendiri.

    Jelasnya, lumrah wanita mahu dimanjakan, jadi sebagai isteri, biarlah suami berperanan sebagai penyedia utama.

    Dulu waktu muda, saya selalu percaya kena kerja keras dan jangan bergantung kepada lelaki. Tapi bila mindset saya begitu, saya tarik perhatian lelaki yang salah.

    Apabila saya jumpa suami saya, dia ajar saya untuk bertenang. Terasa jauh lebih baik menjadi seorang puteri. Memang lumrah wanita suka dimanja.

    Tambah aktres dari Singapura itu, dia kerap menerima pandangan negatif kerana membiarkan suaminya memanjakannya dalam kehidupan seharian.

    Oleh itu, dia memberi semangat kepada wanita supaya tidak takut bergantung pada suami dan menghargai peranan masing-masing dalam rumah tangga.

    Sekarang saya berada dalam fasa soft girl. Biarlah suami yang mengawal segalanya, saya hanya menikmati hidup.

    Kawan-kawan saya yang selalu nasihatkan untuk kerja keras, kena ada duit sendiri itu semua dah cerai sebab mereka kena kerja keras dan sediakan semuanya untuk keluarga.

    Selepas itu bitter bila tengok saya habiskan duit suami dan cakap ayat menakutkan nanti suami cari perempuan lain.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Atikah Suhaime Nasihat Isteri Tak Salah Jadi ‘Princess’, Dimanjakan Suami – ‘Saya Berada Dalam Fasa Soft Girl’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah