Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan anak-anaknya sering menerima tawaran yang melebihi gaji seorang pekerja profesional.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tampil Dengan Lagu Raya ‘Mama Papa Raya’, Netizen Approved – ‘Tahun Ni Sedap!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Layan Lagi Qadejah Nak Jam Tangan Berjenama – ‘Bukan Mewahkan, Hargai Anak-Anak’
Anak dapat banyak tawaran
Menerusi klip daripada podcast Buatsaja, Aliff berkata menjadi popular adalah satu kelebihan, namun adalah penting untuk menjaga imej.
Ramai orang tidak tahu, bila popular anak saya hari-hari dapat tawaran. Sekarang ini, tawaran bukan macam dulu yang keluar dekat billboard.
Sekarang lebih kepada video untuk pengiklanan. Kalau dikumpul, mungkin gaji doktor pun tidak boleh nak lawan anak saya punya bayaran.
Kata Aliff, dia percaya setiap anak unik dengan personaliti dan karakter masing-masing.
Disebabkan itu, dia tidak akan memaksa mereka melakukan sesuatu yang bukan minat mereka.
Saya memang tidak benarkan anak saya nampak murah. Contoh, macam Qadeejah, saya nak nampak dia macam gadis yang berkelas dan eksklusif.
Dia tidak perlu menjerit-jerit macam saya, sebab saya dah cipta nama sendiri. Saya tidak pernah paksa dia untuk jadi apa yang dia tidak mahu.
Jelas Aliff, anak-anaknya sudah mempunyai akaun media sosial sejak kecil lagi.
Mengulas lanjut, Aliff berkata dia turut memberikan pendekatan awal tentang dunia luar, termasuk perkara yang tidak diajarkan di kelas seperti bahaya dadah, ketika anak-anak berada di usia remaja.
Saya yakin semua ibu bapa mahu anak-anak mereka mewarisi perniagaan dan contohnya doktor tapi saya tidak pernah paksa anak saya untuk jadi apa yang saya nak.
Saya hantar mereka pergi ke kelas macam-macam tapi apa yang terjadi pada masa depan saya berserah pada takdir.
Saya tidak pernah beranggapan anak saya berkahwin dengan orang kaya tetapi saya sentiasa mengajar mereka.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Anak-Anak Banyak Terima Tawaran Selepas Popular – ‘Kalau Dikumpul Gaji Doktor Pun Tak Boleh Nak Lawan’ first appeared on OHBULAN!.





