29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video: Adira Suhaimi Sah Bercerai Talak Satu tanpa Menuntut Sebarang Nafkah daripada Datuk Red

    Shopee Sale



    adira

    Penyanyi, Adira Suhaimi akhirnya sah bercerai talak satu dengan Datuk Red di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.

    Talak satu

    adira

    Lafaz cerai itu dilakukan oleh suami Adira, Datuk Red di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 pagi.

    Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar turut mengesahkan lafaz tersebut adalah sah mengikut hukum syarak.

    Sementara itu, Datuk Red ketika prosiding sedang dibacakan kelihatan tunduk sayu manakala Adira hanya kelihatan tenang.

    Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.

    " data-video-id="7361247731983174913">
    @official Replying to @• ?? ?? JJ • Kita doakan yang baik-baik buat Datuk Red. Semoga dimurahkan rezeki selalu ?? # #sembangentertaintment #adirasubaimi #datukred #cerai #talak #satu ? original sound – OHBULAN!

    Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.

    MENARIK:  Isteri Sufi Rashid Tepis Dakwaan Culas Tanggungjawab Sebagai Ibu, Tugas ‘Babysitter’ Hanya Waktu Siang – ‘Susu Pun Saya Uruskan Sendiri’

    Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah