Pempengaruh, Umisya Mazlan akhirnya tampil bersuara selepas namanya terpalit dalam isu perkahwinan suaminya, Ahmad Aslam bersama madunya, Marissa Dania.
Artikel Berkaitan: Peguam Sahkan Aslam Dua Kali Lafaz Cerai Terhadap Marissa Dania
Artikel Berkaitan: ‘Dah La Nikah Luar Malaysia, Dengan Tiada Pengesahan Sijil Nikah’ – Abby Abadi Mahu Aslam Dikenakan Tindakan
Umisya dah halang kahwin

Menerusi hantaran di Threads, Umisya menjelaskan dia pada awalnya enggan mencampuri urusan tersebut. Namun, terpaksa tampil memberikan kenyataan susulan dakwaan serta fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
Menurut Umisya, dia telah berusaha sedaya upaya untuk menghalang perkahwinan antara Aslam dan Marissa daripada berlaku. Malah, pernah cuba memutuskan hubungan mereka bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.
Tambahnya lagi, perbincangan turut dilakukan bersama keluarga Marissa dan mereka mencapai kata sepakat untuk memisahkan pasangan tersebut. Bagaimanapun, usaha itu tidak berjaya.
Aslam bertanggungjawab

Dalam pada itu, Umisya turut menjelaskan sebab dia memilih untuk terus mempertahankan rumah tangganya meskipun terpaksa hidup berpoligami.
Katanya, keputusan untuk terus bersama Aslam dibuat kerana lelaki itu masih menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik.
Bagaimanapun, Umisya tidak menafikan pernah meminta untuk berpisah. Namun, atas nasihat keluarga dia memilih untuk meneruskan perkahwinan demi kebaikan anak-anak mereka yang masih kecil.
Dalam pada itu, Umisya turut mendedahkan bahawa dia dan Aslam pernah bercerai sebelum suaminya bernikah dengan Marissa, namun mereka kembali rujuk tidak lama kemudian.
Sumber: Threads
The post Umisya Pernah Cerai Dengan Aslam Sebelum Kahwin Dengan Marissa, Sanggup Poligami Sebab Suami Jalankan Tanggungjawab first appeared on OHBULAN!.





