Foto Sekadar Hiasan
Malaysia terkenal sebagai negara berbilang kaum dan agama, hidup dalam suasana harmoni, di mana pelbagai perayaan diraikan termasuk Thaipusam oleh penganut Hindu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Benarkah Syed dan Sharifah Keturunan Nabi Muhammad SAW? Ini Penjelasan Ringkas Dari Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: Was-Was Bilangan Rakaat Semasa Solat: Adakah Batal?
Jaga akidah umat Islam

Sehubungan itu, Islam menekankan pentingnya berakhlak mulia dalam pergaulan, termasuk menghormati kepercayaan agama lain dan memelihara keharmonian masyarakat, selagi ia tidak bercanggah dengan akidah dan prinsip syariat.
Memetik perkongsian Facebook Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP), umat Islam diingatkan supaya lebih peka terhadap batasan yang perlu dipatuhi ketika terlibat atau berinteraksi dengan sebarang perayaan agama lain.
Islam menetapkan garis panduan jelas bagi urusan yang melibatkan ritual keagamaan bukan Islam, bagi memastikan akidah umat Islam sentiasa terpelihara.
Umat Islam dinasihatkan untuk tidak menyertai sebarang ritual atau upacara agama lain yang mengandungi unsur syirik atau bercanggah dengan prinsip Islam.
Namun, prinsip ini tidak menafikan tanggungjawab Islam untuk terus memelihara keharmonian serta menjalin hubungan baik dalam kehidupan bermasyarakat.
Sumber: Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Foto: Harian Metro
The post ‘Umat Islam Perlu Elak Terlibat Dalam Upacara Agama Lain Berunsur Syirik’ – JMWP Kongsi Batas Dalam Perayaan Thaipusam first appeared on OHBULAN!.





