Seorang lelaki meluahkan kekecewaan selepas mengetahui rahsia yang disimpan isterinya selama lebih setahun dalam perkahwinan mereka.
Isteri rupanya tiada dara?

Menerusi satu hantaran di aplikasi X, lelaki berkenaan yang tidak mendedahkan identitinya menceritakan bagaimana isterinya sebelum ini memaklumkan bahawa dia tidak lagi memiliki dara kerana aktif bersukan.
Masa kahwin dulu isteri kata dia tak ada dara sebab banyak bersukan cycling dan sebagainya.
Namun siapa sangka, selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga, wanita itu mengaku bahawa dia sebenarnya pernah mempunyai hubungan intim dengan empat lelaki sebelum berkahwin.
Lepas 1 tahun lebih ni, baru dia mengaku bukan sebab tu. Total body count dia ‘4’ sebelum kahwin dengan aku.
Patutlah punya susah nak dapat zuriat sampai sekarang, sebab tipu.
Kecewa dengan pengakuan tersebut, lelaki ini memberitahu dia telah menghalau isterinya keluar dari rumah.
Malah kini dia juga dilema dan tidak tahu langkah seterusnya yang patut diambil sama ada menceraikan isterinya atau memperbaiki hubungan mereka.
Hati aku remuk sejak awal bulan hari tu. Sampai sekarang aku buntu tak tahu nak buat apa.
Dia sekarang tidur rumah officemate dia sebab aku halau.
Hati kata memang nak ceraikan. Otak pula kata takut malu dengan keluarga kalau cerai ni. Memang betul-betul buntu aku sekarang ni. Hancur beb hati aku.
Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen kurang setuju dengan sikap si suami yang mengaitkan isu zuriat dengan kisah silam isterinya.
Apa kaitan bini dia buat dulu-dulu dengan 4 jantan jadi punca dia tak dapat anak? Anak tu anugerah/ rezeki dari Tuhan, kalau Tuhan nak bagi, memang dapat anak walaupun kisah silam bini tu. Cuba gi check awak punya sperm count, silap-silap masalah datang dari awak sendiri.
Zaman sekarang memang takut nak kahwin sebab kes macam ni. For me, if you lose your virginity, maaf kan lah diri sendiri dan cuba move on. Tak perlu beritahu pasngan dan buka aib masa dulu, as long as you dah bertaubat.
Kalau kau dah nekad tak lupa kan dosa silam dia, buat apa lagi simpan lagi. Cerai dan move on dari gantung tak bertali mcm tu. Aku tak rasa kau boleh percaya lagi wife kau tu. Nanti kau jadi paranoid, ada trust issue dan bila gaduh mesti ungkit benda ni.
Cerai bang. Kau akan ungkit isu ni smpai ke mati. Kalau ada anak takut jadi mangsa.
Sumber: X Meinmokhtar
The post Tiduri 4 Lelaki, Suami Halau Isteri Lepas Setahun Kahwin first appeared on OHBULAN!.





