Pelakon, Fathia Latiff menegaskan dia gembira dengan tubuh badannya dan kehidupan yang dijalani pada ketika ini.
Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Aktif Bersenam, Netizen Beri Kata Semangat Untuk Kembali Jadi ‘Ariana Rose’
Artikel Berkaitan: ‘Bujang Sampai Tua Pun Tak Apa’ – Fathia Latiff Letak ‘Standard’ Untuk Bakal Suami, Tak Terburu-Buru Berkahwin
Tidak kisah pendapat orang

Menerusi perkongsian di Threads, pelakon Nur Fathia Abdul Latiff, 38, berkata kebahagiaan sebenar ialah penerimaan diri sendiri dan bukan berusaha memenuhi kehendak orang lain.
Tidak kisah la orang nak kata saya gemuk ke apa tapi saya gembira dengan badan dan hidup saya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dengan menasihati Fathia agar tidak terlalu memikirkan komen negatif daripada segelintir pihak.
Tambah mereka, tiada siapa yang lebih mengetahui tentang dirinya selain dirinya sendiri.
Komen netizen


Sumber: Threads
The post Tak Peduli Komen Negatif, Fathia Latiff Terus Bahagia Dengan Diri Sendiri – ‘Saya Gembira Dengan Badan & Hidup Saya’ first appeared on OHBULAN!.





