26 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syafiqah Aina Tak Pernah Skip Pakai Stoking, ‘Inner’ & ‘Legging’ Setiap Kali Keluar Rumah – ‘Rasa Lebih Selamat, Dah Tiga Tahun Bertahan’

    Shopee Sale



    Syafiqah Aina

    Usahawan dan pempengaruh, Syafiqah Aina memberitahu dia akan sentiasa memakai stoking, baju ‘inner’ dan seluar ‘legging’ setiap kali keluar dari rumah.

    Rasa selamat

    Syafiqah Aina

    Kata Aina, apabila mengenakan stoking dan pakaian tersebut, dia berasa lebih selamat dan dapat menjaga auratnya daripada terdedah.

    Malah, dia tidak menyangka sudah tiga tahun menjadikan amalan itu sebagai perkara wajib.

    Saya mula pakai stoking lambat juga, tahun 2021 baru sedar diri. Tapi tak sangka dah tiga tahun bertahan.

    Kalau nak tahu, saya tidak akan tinggal pakai baju inner turtle neck, legging dan stoking bila keluar. Sebab bila pakai itu semua rasa lebih selamat.

    Tak payah risau, kalau kena tiup angin terselak boleh sampai nampak kaki atau badan. Lagi-lagi apabila pakai skirt atau seluar longgar.

    Kadang tak perasan bila duduk di kerusi atau silang kaki, skirt atau seluar boleh terselak sampai nampak kaki kan.

    Aina berkongsi mengenai perkara itu di Instagram Story bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut.

    MENARIK:  Nizam Jentik Jentik Menangis Saksi Kemalangan Maut, Kuatkan Hati Jawab Panggilan Isteri Mangsa – ‘Suami Puan Dah Tak Ada’

    Menerusi hantaran sama, isteri kepada pempengaruh Hafiz Mahamad berharap dirinya akan sentiasa istiqamah dan kekal mengenakan pakaian tersebut.

    Rasa secure (selamat) itu yang buat saya boleh bertahan sampai sekarang. Doakan saya tau, saya mencuba untuk sempurnakan juga cara pemakaian dan sentiasa memperbaiki diri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah