26 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Miera Liyana Didakwa Muflis?

    Shopee Sale

    Suami pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman didakwa telah diisytihar muflis atau bankrap.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siang Suami Ceraikan Isteri Pertama, Malam Miera Liyana Keluar ‘Dinner’ Satu Keluarga

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Tahu Apa Salah Saya’ – Madu Miera Liyana Reda Jika Diceraikan Hari Ini

    Didakwa muflis

    Menerusi perkongsian aktivis wanita di Facebook Mona Din, dia mendakwa Rosland bukan sahaja muflis tetapi tidak dibenarkan keluar daripada negara.

    Rosland kini diisytihar muflis dan ditahan daripada keluar dari negara. 

    Dalam hantaran yang sama, Mona menceritakan semula kisah bekas isteri Rosland, iaitu Adibah Abd Mutalib kerana pernah terlibat dengan kes mereka sebelum ini. 

    Kata Mona, dia paling berbangga apabila Adibah atau lebih mesra disapa Adeeb diberikan peluang untuk melakukan umrah hasil usahanya sendiri.

    Adibah tidak pernah dibawa untuk menunaikan umrah tetapi dia akhirnya menjejakkan kaki ke tanah suci untuk menunaikan umrah di atas usahanya sendiri.

    Allah telah membawa Adibah banyak kali bercuti di luar negara dari syarikat yang disertainya.

    Terbaharu, Adibah dan anak-anaknya telah pergi bercuti ke Australia dengan hasil usahanya sendiri.

    Sebelum ini, Rosland menceraikan Adibah selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023.

    MENARIK:  [VIDEO] Diana Danielle ‘Membisu’ & Berlalu Pergi Tinggalkan Mahkamah Naiki Kereta Mewah

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata yang berusia antara 11 sehingga 26 tahun.

    Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin kali kedua bersama Miera dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

    Sumber: Facebook

    The post Suami Miera Liyana Didakwa Muflis? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah