27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Didakwa Kantoi Teman Skandal Ambil Ubat, Warganet Puas Hati Tengok Hasil Video Isteri – ‘Kualiti Jelas, Sasaran Tamparan Tepat’

    Shopee Sale

    Di TikTok, tular beberapa hantaran memaparkan seorang suami yang didakwa kantoi menemani skandalnya mengambil ubat di sebuah klinik kesihatan.

    Artikel Berkaitan: Suami Kantoi Curang & Enggan Berpisah, Isteri Balas Dendam Dengan Tiduri 4 Lelaki Dalam Seminggu

    Artikel Berkaitan: Isteri Tekun Tunai Ibadah Haji, Suami ‘Kantoi’ Berfoya Dengan Instafamous

    Kantoi teman skandal ambil ubat

    Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat si suami terkejut apabila terserempak dengan isterinya yang sedang duduk sambil merakam dirinya bersama skandal di hadapan kaunter pengambilan ubat.

    Terkesima dengan situasi itu, skandalnya cuba untuk melarikan diri sebelum dikejar isteri kepada lelaki berkenaan.

    Dalam masa yang sama, lelaki tersebut menafikan mempunyai hubungan istimewa sebaliknya hanya berkawan sebelum dilempang beberapa kali oleh isteri.

    MENARIK:  Dahlia Rizal Dedah Mesej Ahli ‘Old Money’ Menggatal Di Instagram, Imran ‘Sound’ Setepek – ‘Dia Dah Kahwin La’

    Sementara itu, wanita yang menjadi skandal kepada lelaki tersebut juga tidak mengaku ada mempunyai hubungan istimewa sambil berusaha untuk melepaskan diri.

    Lebih mengejutkan, si suami juga memberi amaran supaya isteri tidak menyentuh wanita berkenaan kerana tidak mahu menjadi kes polis.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa puas hati melihat lelaki tersebut ditampar.

    Dalam masa yang sama, warganet turut memuji kualiti rakaman yang begitu jelas dikongsikan si isteri.

    Komen netizen

    Sumber: TikTok

    The post Suami Didakwa Kantoi Teman Skandal Ambil Ubat, Warganet Puas Hati Tengok Hasil Video Isteri – ‘Kualiti Jelas, Sasaran Tamparan Tepat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah