26.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shuib Suka Bergurau Tanpa Buat Hubungan Suami Isteri Depan Anak – Watie Hanifiah

    Shopee Sale



    Baru-baru ini, nama anak kepada Shuib iaitu Mateen menjadi sebutan netizen susulan video dirinya melakukan aksi kurang sopan ketika bapanya sedang merakam podcast ‘OkLetsGo’ bersama beberapa orang kenalan.

    Menerusi temu bual bersama , Watie menjelaskan mengenai isu video tersebut.

    Tak pernah ‘bersama’ ketika anak ada

    Menurut Watie, dia dan Shuib tidak pernah melakukan hubungan intim di hadapan anak-anak.

    Dia bukan ikut sebab daddy dia ke. Daddy dan mommy dia tak pernah ‘bersama’ di saat anak ada. Selalunya selepas anak pergi sekolah. Jangan risau.

    Disoal pula mengenai kenyataan Shuib mengenai ‘dekat rumah ada bela kuda’, Watie secara ringkas menjawab suaminya itu sekadar bergurau.

    Shuib suka bergurau. Mungkin reaksi Shuib itu bergurau sebab nampak aksi itu seperti kuda.

    Watie yang ditemui ketika Riviera Raya Lebaran Collection Fashion Presentation 2024 di Maison Fiziwoo, Setiawangsa, baru-baru ini turut berkata, mereka pernah tegur Mateen berhubung perkara tersebut.

    Mateen tak tahu dia viral pasal benda itu. Sebenarnya sebelum ini Mateen pernah buat dan kami juga pernah tegur. Dia dah lama tak buat, mungkin waktu itu kebetulan dia buat.

    Sebelum ini, Shuib turut meminta maaf kepada rakan-rakannya. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut memberi teguran dan menganggap apa yang dilakukan oleh Mateen itu bukanlah suatu perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka.

    MENARIK:  [VIDEO] Usahawan Menjerit Kerasukan Akibat Sihir, Netizen Pula Syak Ada Produk Baru Nak Keluar?- ‘Macam-Macam Lah Budak Ni’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah