26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Kembali Gegar China, Sertai Pertandingan ‘Singing With Legends’ – ‘Doa Semoga Dilancarkan Perjalanan’

    Shopee Sale



    Penyanyi berbakat besar, Shila Amzah berkongsi rasa terujanya apabila bakal bertanding dalam sebuah pertandingan nyanyian di China iaitu ‘Singing With Legends’ musim keenam.

    Mohon doa dari semua

    Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah yang memuat naik poster bagi pertandingan tersebut memohon doa dan juga sokongan dari orang ramai sepanjang penglibatannya dalam program nyanyian tersebut.

    Assalamualaikum semua, saya akan bertanding di China untuk program ‘Singing With Legends’ musim keenam yang akan berlangsung tak lama lagi.

    Doakan kejayaan saya dan semoga dilancarkan perjalanan baharu ini.

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ ini juga memaklumkan bahawa para peminat boleh mengikuti perkembangannya sepanjang menyertai pertandingan itu menerusi platform di YouTube.

    Buat yang tanya kat mana nak tengok program ini, korang search ja ‘Singing With Lgends S6’ di YouTube, nanti keluar lah semua episod.

    Tapi episod saya punya belum lagi, sabar kejap ya dan beri semangat.

    Sekadar info, ini merupakan kali ketiga Shila menyertai pertandingan nyanyian di China selepas menjuarai program ‘Asian Wave’ pada 2012 serta menyertai program ‘I Am A Singer’ pada tahun 2014.

    MENARIK:  Kegagalan Behar sebagai Seorang Ayah disebabkan oleh Leona yang Menarik?

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah