Penyanyi Indonesia, Shae berkongsi tidak dapat menyanyikan lagu Sayang secara terbuka kerana terikat dengan masalah perundangan yang masih belum selesai.
Artikel Berkaitan: Penyanyi Indonesia, Shae Teringin Berduet Bersama Hafiz (AF)
Artikel Berkaitan: Video : Shae & Ella Bergabung Untuk Lagu Sayang
Kecewa

Ketika ditemui , pemilik nama Sheryl Gething, 31, itu meluahkan rasa kecewa kerana lagu berkenaan merupakan antara karya yang paling popular dalam kariernya.
Saya tahu pasti ramai yang tertanya-tanya sebab lagu itu memang popular di beberapa negara.
Sejujurnya sudah empat tahun saya tidak menyanyikan lagu itu sebab isu perundangan yang lama wujud.
Saya ada berbincang dengan pihak produksi menjelaskan situasi kami dan mereka berhubung dengan peguam saya.
Shae berkata demikian ketika ditemui selepas selesai konsert minggu pertama GV12 yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Ahad.
Mengulas lanjut, Shae turut mengakui perkara itu memberi kesan kepada emosinya.
Isu ini membuatkan saya sangat sedih sebab tidak boleh bawakan lagu ini.
Semua orang tahu lagu itu menaikkan karier muzik saya, jadi hakikat yang saya tidak boleh membawakan lagu itu seperti tamatnya karier saya.
Serahkan kepada tuhan

Apabila ditanya mengenai punca sebenar, Shae enggan mengulas secara terperinci dan menyerahkan semuanya kepada tuhan.
Bukan dengan label, tapi saya boleh katakan perkara ini terjadi kerana orang tengah.
Saya minta maaf sebab tidak boleh berkongsi lebih lanjut. Peguam nasihatkan saya untuk jaga batas bila bercakap tentang hal ini.
Apapun, saya serahkan segalanya kepada Tuhan kerana ia di luar kuasa saya.
The post Shae Kecewa Tidak Dapat Nyanyi Lagu Sayang, Dedah Terikat Isu Perundangan – ‘Rasa Karier Dah Tamat’ first appeared on OHBULAN!.





