Pelakon Eyra Hazali, baru-baru ini berkongsi tips dan rahsia keharmonian rumah tangganya bersama suami, pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli.
Artikel Berkaitan: Eyra Hazali Ajar Anak Tutup Mata, Elak Pengguna Tandas Wanita Rasa Tidak Selesa – ‘Kena Faham Orang Lain Juga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyra Hazali Masih Tak Faham ‘Off-Side’, Suami Tak Jemu ‘Explain’ Setiap Tahun – ‘Dah Enam Tahun Kahwin’
Tips rumah tangga

Menerusi satu sesi soal jawab di laman Instagram Story miliknya, Eyra menjawab pertanyaan seorang pengikut yang ingin tahu bagaimana dia menjaga perasaannya apabila sering berjauhan dengan suami.
Dalam perkongsian tersebut, Eyra mengatakan bahawa komunikasi adalah kunci utama dalam memastikan hubungan mereka sentiasa kukuh walaupun terpaksa berhadapan dengan kekangan jarak.
Eyra akan sentiasa update suami setiap perasaan, setiap kata-kata yang terluah, wajib bagitahu suami.
Tipulah tak pernah merajuk, tak layan sehari dua. Tapi kami berdua tak boleh kalau tak berkomunikasi.
Haziq tak senang duduk kalau Eyra merajuk, mula la dia cari keluarga Eyra kalau Eyra tak layan dia.
Selain itu, Eyra memberitahu bahawa dia juga sentiasa berterus-terang mengenai perasaannya supaya Haziq dapat memahami situasi yang dilaluinya.
Kalau Eyra burn out pun Eyra akan beritahu Haziq walaupun dia jauh di nun sana supaya dia tahu keadaan kita dan macam mana nak uruskan.
Sebab tu Eyra cakap, komunikasi adalah satu kunci penting dalam sesebuah hubungan.
Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 5, Muhammad Endra Haqimie, 3, dan Muhammad Hud Ezqandar yang kini berusia setahun.
Sumber: Instagram Eyra Hazali
The post Selalu Berjauhan Dengan Suami, Eyra Hazali Kongsi Tips Rumah Tangga – ‘Jujur Dengan Pasangan & Komunikasi Itu Penting’ first appeared on OHBULAN!.





