Pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini memilih untuk tidak mengulas lanjut selepas nama mereka dikaitkan dengan dakwaan gagal melunaskan hutang kepada pelakon Intan Najuwa.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Sindir Pereka Fesyen, Suka Tayang Kekayaan Tapi Tak Bayar Hutang – ‘Janji Manis Bukan Main’
Artikel Berkaitan: Razman Razmi Kecewa Nama Dipetik, Bukan Pereka Fesyen Dimaksudkan Intan Najuwa – ‘Cukuplah Hina’
Rizman Ruzaini kunci mulut isu hutang

Ketika ditemui , Rizman atau nama lengkapnya Rizman Nordin berkata, mereka sendiri tidak pasti sama ada kenyataan tersebut ditujukan kepada jenama Rizman Ruzaini memandangkan pelakon berkenaan tidak menyebut nama mana-mana individu.
Saya tak ada komen.
Sejujurnya sampai sekarang pun kita masih lagi tak ada komen apa-apa sebab kita tak tahu sama ada beliau tuju untuk siapa, kita tak tahu. So memang saya tak ada komen untuk itu.
Mengulas mengenai jenama mereka yang dikaitkan dalam isu berkenaan, Rizman menjelaskan bahawa perkara tersebut sudah menjadi lumrah dalam dunia fesyen yang diceburi mereka sejak dua dekad lalu.
20 tahun dalam bisnes ini, itu normal. Sudah pasti kadang-kadang orang berteka-teki adakah itu kita dan sebagainya. Macam kami selagi bukan nama kami disebut, itu memang kita tak ada apa-apa komen.
Rizman berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Butik Rizman Ruzaini di Suria KLCC pada Khamis.
Tak jejas reputasi, bisnes

Ditanya sama ada kontroversi itu memberi impak negatif kepada jenama mereka, Rizman menafikan perkara tersebut malah bersyukur atas sokongan dan kesetiaan pelanggan terhadap jenama Rizman Ruzaini.
Memang kesetiaan mereka kepada jenama kami sangat kuat dan untuk kami sendiri, memang apa yang kami buat adalah fokus untuk bisnes.
Kami di Rizman Ruzaini pun ada fasa jatuh dan bangun. Sepanjang 20 tahun ini bukanlah perjalanan yang sentiasa mudah.
Tapi kita ada misi yang sangat besar dan kuat, kita terus bergerak ke hadapan. Tapi kalau nak cakap Rizman Ruzaini tak ada masalah, itu mustahil.
Rizman juga menegaskan bahawa sejak penubuhan jenama Rizman Ruzaini, mereka tidak pernah menggunakan kontroversi sebagai jalan untuk menaikkan nama.
Kontroversi ini kita kalau boleh kita nak elak. Sebab saya percaya pada benda yang baik-baik.
Kami tidak memilih untuk naik dengan cara cipta kontroversi, itu tidak pernah ada dalam kamus Rizman Ruzaini.
Tapi apa sahaja yang mendatang, kita memang akan selesaikan secara profesional. Itu memang menjadi pegangan kita.
Terdahulu, Intan Najuwa, 28, meluahkan kekecewaan terhadap pereka terkenal yang didakwa gagal melunaskan pinjaman wang seperti dijanjikan selama bertahun-tahun.
Dakwanya, individu itu merayu bantuan kewangan dengan janji manis tetapi mengelak apabila tiba masa membayar, malah masih hidup mewah walaupun hutang jutaan ringgit belum selesai.
Susulan kenyataan itu, nama jenama fesyen Rizman Ruzaini mula dikaitkan oleh netizen sebagai pihak yang dimaksudkan Intan.
The post ‘Selagi Nama Tak Disebut, Kami Tak Nak Komen’ – Rizman Ruzaini Respon Dakwaan Tak Bayar Hutang Intan Najuwa first appeared on OHBULAN!.