22.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sebulan Kenal Terus Suami Ajak Kahwin, Saya Terpikat Dengan Pickupline Dia’ – Ibu Shila Amzah

    Shopee Sale

    Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman berkongsi detik perkenalan dengan suaminya, Brigedier Jeneral Zainal Abidin Mohammad Salleh.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Shila Amzah Kembali Bergelar Isteri, Suami Dikenali Sebagai Zainal 

    Sebulan kenal terus ajak kahwin

    Ketika ditemui , Fauziah, 57, berkata dia dan suami berkenalan selama sebulan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

    Kami berkenalan pada bulan enam dan sebulan kemudian, dia (suami) terus ajak kahwin. Serina Redzuan yang kenalkan kami.

    Kalau kita nak kenal orang sebenarnya, lama mana kita hidup dengan dia pun sebenarnya kita tak kenal pun di sebalik diri dia. Jadi biarlah kita bersama-sama menerima segala kebaikan dan kekurangan.

    Ditanya bagaimana dia terbuka hati untuk kembali bergelar isteri, Fauziah berkata personalitinya yang membuatkan dia terpikat.

    Mungkin ketika tu pun kita tengah kosong kan, tak ada siapa-siapa. Tersuka pula ketika itu. Tiba-tiba dia datang, kita terima. 

    Saya suka senyuman dia. Yang kedua mungkin sebab dia suka buat pickup line. Pickup line paling power. 

    Fauziah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharu Shila Amzah berjudul SA25 yang berlangsung di Damansara Perdana pada Selasa.

    Anak-anak terima

    Bercerita tentang penerimaan anak-anak, Fauziah menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menghalang, sebaliknya sentiasa mahukan dirinya bahagia. 

    Anak-anak semua okay walaupun dia orang tak jumpa. Anak-anak saya kata, nampak Mak happy pun dia orang dah rasa happy dia kata. 

    Sementara itu, Zainal Abidin yang telah menduda selama 8 tahun, juga merasakan perkahwinan ini adalah takdir yang telah diaturkan oleh Ilahi, terutama selepas melihat keserasian antara isteri dan anak-anaknya.

    Mungkin Allah yang takdirkan semua sebab berjalan dengan lancar. Sebab saya dah single 8 tahun dah… membesarkan anak.

    Bila saya nak terima Zie (isteri) ini, saya pun bawa anak jumpa. Tengok anak serasi.

    Bila kita kahwin, kita tak naklah kita dua orang yang bahagia. Kita nak bertambah ahli. Kalau dapat dia, hilang anak pun tak guna juga.

    Sekadar info, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan pelakon ND Lala pada tahun 1989. Namun, pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai selepas 34 tahun hidup bersama.

    MENARIK:  Netizen Prihatin Bella Astillah Dinasihati Untuk Lakukan 'Medical Check Up' Selepas Kontroversi Aliff Aziz

    Menerusi perkongsian dimuat naik di Instagram, Fauziah memberitahu bahawa lafaz cerai dilakukan suaminya pada 2 Ogos 2023 lalu di sebuah masjid.

    Fauziah kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama jejaka pilihannya, Zainal Abidin pada 22 November lalu.

    The post ‘Sebulan Kenal Terus Suami Ajak Kahwin, Saya Terpikat Dengan Pickupline Dia’ – Ibu Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah