30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sahkah Solat Jika Dahi Berlapik Telekung Ketika Sujud? Ini Penjelasannya

    Shopee Sale

    Ramai wanita Muslimah menghadapi situasi di mana bahagian dahi terlapik dengan kain telekung secara tidak sengaja ketika melakukan sujud dalam solat.

    Artikel Berkaitan: Hukum Lelaki Memakai Gelang Tangan

    Artikel Berkaitan: Solat: Terapi Jiwa & Rahsia Kekuatan Tubuh

    Sujud, rukun solat yang wajib

    Keadaan ini lazimnya berlaku akibat telekung yang labuh atau ruang solat yang sempit, dan menimbulkan persoalan tentang kesahan sujud apabila dahi terhalang oleh kain.

    Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sujud di atas kain yang bersambung dengan tubuh badan, termasuk pakaian atau telekung yang dipakai ketika solat, boleh menjejaskan kesahan solat.

    Solat dalam keadaan sebegini adalah tidak sah kerana sujud merupakan salah satu rukun solat yang wajib dilaksanakan dengan sempurna mengikut ketetapan syarak.

    Rasulullah S.A.W. bersabda, sujud hendaklah melibatkan tujuh anggota tubuh iaitu dahi bersama hidung, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut, dan hujung jari kedua-dua kaki.

    Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, iaitu dahi (sambil Baginda SAW mengisyaratkan tangganya ke bahagian atas hidung), kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki.

    Semua anggota ini perlu menyentuh tempat sujud secara langsung tanpa penghalang yang disengajakan kerana kegagalan memenuhi syarat tersebut boleh menyebabkan solat terbatal.

    Dahi tidak sentuh lantai, solat tidak sah

    Imam al-Nawawi turut menegaskan bahawa ketika bersujud, bahagian dahi wajib menyentuh lantai secara jelas, manakala meletakkan hidung bersama dahi adalah sunat.

    Oleh itu, jika bahagian hidung tidak menyentuh lantai ketika sujud, solat tersebut tetap sah, tetapi jika dahi tidak menyentuh lantai, solat menjadi tidak sah.

    Sesungguhnya anggota sujud itu ada tujuh dan mesti seseorang yang sujud itu bersujud dengan tujuh anggota tersebut serta sujud bersama dengan dahi dan hidung kesemuanya.

    Anggota dahi wajib diletakkan dengan terbuka di atas lantai dan sunat untuk meletakkan sebahagian daripada hidung.

    Jika dia meninggalkan sentuhan hidung pada lantai, maka sujudnya sah tetapi jika dia meninggalkan sentuhan dahi pada lantai, maka tidak sah sujudnya.

    Pandangan ini turut dipegang oleh mazhab Syafi‘i, Maliki dan majoriti ulama.

    MENARIK:  Michael Ang ‘Sound’ Kieda Crepe Isu Herpes – ‘Semua Dah Gila, Tak Tahu Malu!’

    Dari riwayat Abdullah bin Umar turut menekankan bahagian dahi mesti benar-benar diletakkan di atas tanah ketika sujud dan dilakukan dengan tertib, bukannya secara tergesa-gesa atau hanya menyentuh secara ringan.

    Imam al-Nawawi juga menukil pandangan Imam al-Syafi‘i yang menyatakan bahawa sekiranya hanya sebahagian kecil dahi diletakkan ketika sujud, perbuatan tersebut dianggap makruh tetapi masih diterima.

    Namun, jika sujud di atas sesuatu yang menghalang dahi daripada menyentuh lantai dikira tidak sah.

    Sekiranya sebahagian dahi diletakkan ketika sujud maka aku menghukumkan ia makruh namun aku menerimanya kerana dia telah dikira sujud di atas dahi.

    Sekiranya dia sujud atas sesuatu yang menghalang dahi maka sujudnya tidak dikira.

    Sumber: Sirap Limau, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

    The post Sahkah Solat Jika Dahi Berlapik Telekung Ketika Sujud? Ini Penjelasannya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah