29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rayuan Siti Bainun Ditolak, Beliau akan Terus Jalani Hukuman 12 Tahun Penjara

    Shopee Sale



    Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada Khamis, atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, dikenali Bella, tiga tahun lalu.

    Artikel berkaitan: Siti Bainun Dipenjara 12 Tahun, Che’ Puan Khaleeda Rakam Ucapan Penghargaan Pada Pihak Terlibat

    Artikel berkaitan: Abai & Aniaya Bella, Siti Bainun Dihukum Penjara 12 Tahun

    Rayuan Siti Bainun ditolak

    Memetik laporan Harian Metro, Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen.

    Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi Izraliza menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13.

    Malah, dia diperintahkan menjalani hukuman penjara dan dihantar ke Penjara Kajang serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

    Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja itu mengalami cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, pada Februari hingga Jun 2021.

    MENARIK:  Adakah Kejantanan Hanya Bergantung Pada Kecantikan? Pendapat Michael Ang

    Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

    Bagi pertuduhan pertama, Siti Bainun dipenjara 10 tahun, manakala bagi pertuduhan kedua, dia dipenjara 12 tahun dan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan.

    Selain hukuman penjara, Siti Bainun juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah