26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pertama Kali Berlakon Bersama, Saya Memang Janggal & Tak Selesa’ – Hariz Hamdan

    Shopee Sale

    Pelakon, Hariz Hamdan mengakui agak janggal sewaktu mula-mula bekerjasama dalam satu naskhah bersama pelakon transgender.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kritik Drama Baru Erma Fatima, Dakwa Pilih Pelakon Golongan ‘Mak Nyah’ – ‘Buat Tapisan Dulu Tak Sebelum Ambil Dia?’

    Artikel Berkaitan: ‘Banyak Karya Aku Kena Banned, Payah Jadi Pengkarya Melawan Arus’ – Erma Fatima

    Akui janggal pada permulaan

    Walau bagaimanapun, Hariz memaklumkan dia mula berasa selesa selepas mendapat bimbingan daripada pengarah dan kru produksi.

    Tambah pelakon berusia 23 tahun, dia juga bersikap profesional dan menganggap gandingannya bersama pelakon transgender tidak lebih sebagai ‘sparring partner’.

    Bila ada yang tanya adakah saya okay berlakon dengan golongan transgender, saya tanya kenapa perlu tanya sebegitu? Mereka juga manusia sama macam kita, asalkan hati baik dan tak kacau orang, itu tiada masalah.

    Dari segi keselasaan, saya tak kisah sama ada dia transgender atau apa sekalipun, yang penting dia juga manusia. Memang dalam cerita ada adegan panas, saya tak nafikan. Bila pertama kali buat, saya memang tak selesa.

    Tapi, selepas ada keserasian, ia tak jadi masalah buat saya. Pengarah Amor Rizan juga banyak membantu kami terutama dari segi sudut kamera sebagainya.

    Bila saya berlakon dengan pelakon transgender itu saya tak bayangkan dia lelaki atau perempuan, tetapi sebagai ‘sparring partner’ sahaja.

    Saya juga percaya semua manusia ada buat baik dan buruk, saya tak menilai golongan itu (transgender) atau sesiapa sahaja. Asalkan mereka manusia dan hati baik, itu sahaja.

    Hariz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di sidang media pelancaran aplikasi Karya Reels yang dibangunkan penerbit Erma Fatima di Aurum Theatre, The Exchange TRX, pada Selasa.

    MENARIK:  Fatin Afeefa Tak Masuk Campur Urusan Opai Jadikan Virus ‘Monkeypox’ Bahan Jenaka – ‘Bukan Urusan Saya’

    Nak sampaikan mesej

    Berkongsi lanjut mengenai penglibatannya dalam drama ‘Pondan Ini’, Haris memaklumkan bahawa dia turut membuat kajian untuk lebih memahami mengenai golongan transgender.

    Dalam masa yang sama, faktor dia memilih untuk berlakon dalam naskhah ini adalah kerana tertarik dengan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

    Ini cerita pertama saya berlakon bersama golongan transgender. Saya terima tawarna ini sebab skrip menarik dan ada pengajaran. Saya memang baca dulu sebab takkan nak terima begitu sahaja.

    Saya harap bila tonton drama ini, mesej yang ingin disampaikan dapat diserap oleh semua penonton. Setakat ini, tak ada keluarga atau saudara-mara transgender, malah pendedahan saya terhadap golongan itu agak kurang.

    Tapi, bila ambil tawaran ini saya ada buat kajian juga mengenai ubat-ubatan dan di mana mereka buat. Bila buat kajian, saya lebih memahami golongan itu untuk jayakan drama ini.

    Terdahulu, video ‘teaser’ bagi drama yang diterbitkan Erma Farima ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet yang beranggapan karya itu seakan ingin menormalisasikan budaya lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ).

    Walau bagaimanapun, Erma menjelaskan bahawa keputusan memilih transgender sebenar adalah bertujuan memberikan gambaran lebih realistik, selain mahu penonton mengambil dari sudut positif.

    The post ‘Pertama Kali Berlakon Bersama, Saya Memang Janggal & Tak Selesa’ – Hariz Hamdan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah