24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pereka Fesyen Menolak Permintaan Sewa Busana Yang Digayakan Siti Nurhaliza – ‘Ini Hak Milik Sepenuhnya’

    Shopee Sale



    Siti Nurhaliza

    Seorang individu meluahkan hasrat untuk menyewa salah satu busana berkonsep tradisional yang digayakan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sewaktu konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza.

    Nak sewa baju Siti

    Siti Nurhaliza

    Individu berkenaan bertanyakan mengenai perkara itu menerusi soalan yang ditinggalkan di ruangan sesi soal jawab atau ‘Q & A’ di Instagram Story milik pereka busana tersebut iaitu Bianca Bella.

    Baju Datuk Seri Siti boleh sewa tak?

    Menjawab kepada pertanyaan tersebut, pereka berkenaan mengatakan busana itu tidak boleh disewakan kepada mana-mana pihak.

    Katanya lagi, busana berona merah hati yang menggunakan kain songket itu merupakan hak milik pelantun lagu Cindai itu sepenuhnya.

    Tak boleh awak, ini Datuk Seri Siti bagi kami pamerkan sementara di butik.

    Baju ini adalah hak milik sepenuhnya dan dibayar sepenuhnya.

    Terdahulu, Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza telah berlangsung meriah dengan dihadiri oleh 12,000 penonton di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Mac lalu.

    MENARIK:  ‘Solat Lima Waktu & Dhuha Serta Mengaji Setiap Malam’ – Ika Nabella Tegas Pilih Pembantu Rumah

    Konsert tersebut dibahagikan kepada beberapa segmen dan salah satu di antaranya adalah segmen tradisional di mana segmen itu memperlihatkan Siti menggayakan busana rekaan Bianca Bella.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah