Penyanyi Korea Selatan, Wheesung ditemukan meninggal dunia di kediamannya, Gwangjin gu, Seoul, pada Isnin.
Punca kematian tidak diketahui
Memetik laporan Allkpop, pemilik nama Choi Wheesung ditemukan dalam keadaan rebah kira-kira sekitar 6.29 petang di rumahnya, menurut polis.
Pasukan keselamatan telah dihantar ke tempat kejadian selepas keluarganya melaporkan kejadian itu.
Bagaimanapun, punca kematiannya masih disiasat pihak berwajib dan polis mendakwa kemungkinan pelantun lagu Insomnia itu menamatkan nyawanya sendiri.
Kata polis, tiada tanda-tanda jenayah ditemui di tempat kejadian selain mengesahkan sedang meneliti sama ada wasiat ditinggalkan atau tidak di tempat kejadian.
The following two tabs change content below.