Pempengaruh media sosial dan usahawan, Sally Whoo selamat melahirkan cahaya mata kembar pada awal pagi Sabtu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Sally Whoo Umum Bakal Timang Sepasang Anak Kembar
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Sally Whoo Umum Hamil Anak Kedua – ‘Niat Nak Rahsia, Tapi Perut Tak Boleh Sorok Lagi’
Selamat bersalin

Sally atau sebenarnya Nur Salihah Aimuni berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Threads sebentar tadi.
Dalam hantaran yang sama, Sally berkata dia berasa gembira dan tidak henti-henti menitiskan air mata selepas selamat menimang cahaya mata keduanya itu.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.
Saya tidak tahu nak mula dari mana, cuma air mata ni macam tidak nak berhenti.
Rasa lega, penat, takut, syukur semua datang sekali. Allah, terima kasih.
Dua nyawa kecil ini sudah selamat dalam pelukan mommy dan daddy.
Di kesempatan itu, Sally turut menzahirkan rasa syukur terhadap orang ramai yang menitipkan doa agar prosesnya bersalin dimudahkan.
Imbas kembali, Sally mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang dikenali sebagai Toq dan hasil perkahwinan memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Ean Maleeq.
Sumber: Threads
The post Pempengaruh Sally Whoo Selamat Bersalin Anak Kembar – ‘Air Mata Ini Tidak Berhenti’ first appeared on OHBULAN!.





