Pelakon Indonesia iaitu Sekar Arum Widara ditahan pihak polis selepas didakwa menggunakan wang palsu di sebuah pusat membeli-belah.
Pelakon kantoi guna wang palsu
Menurut Ketua Unit Ranmor Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Selatan iaitu Inspektor Teddy Rohendi, Sekar dipercayai melakukan tiga cubaan berbeza untuk menggunakan wang palsu ketika membeli-belah pada 2 April lalu.
Sekar yang berusia 41 tahun itu bagaimanapun tidak sempat untuk membuat pembayaran selepas disedari oleh juruwang.
Susulan daripada itu, suspek telah ditahan oleh pengawal keselamatan pusat beli-belah sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Hasil pemeriksaan pihak polis berjaya merampas wang palsu berjumlah RM59,000 termasuk barangan lain seperti telefon bimbit yang ditemui dalam beg tangan suspek.
Sementara itu, Sekar mendakwa mendapat duit tersebut daripada rakannya.