25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nurul Shuhada Hijrah Ke Australia, Mahu Buka Lembaran Baru Bersama Anak-Anak

    Shopee Sale



    Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada, memberitahu dia sudah membuka lembaran baru dalam hidupnya selepas berhijrah ke Australia bersama dua anaknya.

    Mula kehidupan baru di Australia

    Menerusi siaran langsung di TikTok, Shuhada mengakui kehidupannya kini semakin baik dan tenang. Menurut Shuhada, pada mulanya dia mempersoalkan nasib hidupnya sendiri selepas melalui pelbagai ujian, termasuk perceraian. Namun, dia kini melihat segala cabaran yang dilalui sebagai jalan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.

    Tambah Shuhada, dia menyedari setiap yang berlaku pastu mempunyai hikmah disebaliknya.

    Dulu saya memang terfikir mengapa Allah berikan saya ujian sebegini, apa salah saya.

    Tetapi saya bersangka baik dengan Allah dan Dia gantikan saya dengan benda lebih baik.

    Allah izinkan saya untuk bersama dengan kedua-dua anak dan menetap di sini (Australia).

    Berbicara lebih lanjut, Shuhada mengakui bahawa perubahan dari segi lokasi ini akan membuatkan kehidupannya dan anak-anak lebih baik berbanding sebelum ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Syed Saddiq Kupas Udang Untuk Bella Astillah Bikin Ramai Cemburu – ‘Melting Betul Tengok Diorang Ni, Sweet!’

    Terdahulu, Shuhada mengumumkan dia telah berhijrah ke Australia bersama anak-anaknya dan kini menetap di Melbourne. Difahamkan, penghijrahannya itu adalah untuk menyambung pengajian di sebuah institut pendidikan di sana.

    Shuhada juga tidak menolak kemungkinan untuk terus menetap di Australia buat jangka masa panjang dan tidak merancang untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat.

    Keputusan ini dibuat atas dasar mencari kestabilan dan peluang hidup yang lebih baik untuk dirinya serta anak-anak.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah