30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Naim Daniel Tiba Di Mahkamah Seawal 7 Pagi

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel hadir ke Mahkamah Sesyen Putrajaya bagi sebutan semula kes pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iman Troye, Dalia Farhana Sebak Lihat Kemunculan Naim Daniel

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Naim Daniel, Tetap Semangat’

    Sebutan semula kes

    Naim atau nama penuhnya, Muhammad Naim Daniel Baharin dipercayai tiba awal di mahkamah pada jam 7.00 pagi untuk mengelak menjadi tumpuan media yang mula tiba sekitar jam 7.20 pagi.

    Pada 17 Jun lalu, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

    MENARIK:  [VIDEO] Achey Titip Ucapan Buat Allahyarham Abam Di Tanah Suci – ‘Bertiga Sementara, Bocey Selamanya’

    Difahamkan, pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

    Mengikut pertuduhan, Naim didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia 17 tahun 7 bulan bagi tujuan seksual.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin, manakala Naim diwakili peguam Datuk Amirul Ridzuan dan Mohd Irwan Sumadi.

    The post Naim Daniel Tiba Di Mahkamah Seawal 7 Pagi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah