Hubungan rapat antara usahawan, Noor Nabila dengan lelaki yang dikenali sebagai Mr AA terus menjadi perhatian apabila mereka dilihat lebih terbuka berkongsi momen bersama.
Artikel Berkaitan: ‘AA Pandai Memasak, Hormat Saya & Sedang Rancang Perniagaan Makanan Jepun Bersama’ – Noor Nabila
‘Permata buat isteri’

Terbaharu, kelibat jejaka berkenaan mencuri tumpuan apabila hadir ke majlis berbuka puasa yang dianjurkan di kediaman Nabila.
Lebih manis, majlis tersebut turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran buat Mr AA.
Namun, apa yang benar-benar mencuri perhatian apabila Mr AA mendendangkan lagu Permata Buat Isteri nyanyian kumpulan Kopratasa yang ditujukan khas buat Nabila.
Tidak hanya itu, mereka juga dilihat mengenakan busana sedondon berona maroon.
Terdahulu, Noor Nabila sendiri mengakui dia kini berada dalam fasa mengenali hati budi Mr AA.
Malah, dia turut berkongsi bahawa jejaka berkenaan berjaya menambat hatinya bukan sahaja kerana kebolehannya memasak, tetapi juga beberapa ciri istimewa lain yang membuatkan dirinya berasa selesa.
Sumber: Instagram
The post Momen Sweet! Mr AA Nyanyikan Lagu ‘Permata Buat Isteri’ Untuk Noor Nabila first appeared on OHBULAN!.





