29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 4, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Malaysia Pukau Dunia Dengan ASEAN 2025: Bukan Sekadar Sidang, Tapi Bukti Kepimpinan!

    Shopee Sale

    Baru-baru ni, Malaysia berjaya muncul sebagai tuan rumah kepada salah satu sidang ASEAN paling sibuk dan bersejarah. Menariknya pada kali ni, kita bukan sekadar tunjuk kemampuan mengurus acara besar tapi juga membuktikan yang Malaysia mampu jadi pemain utama di pentas dunia!

    Kalau korang sempat tengok liputan media, memang nampak penuh glam dan gilang-gemilang menampilkan para pemimpin dunia turun ke KLCC, jalan sekitar penuh delegasi di mana pelbagai acara berlangsung secara serentak.

    Tapi di sebalik semua tu, ada kerja keras dua tahun tanpa henti yang akhirnya membuahkan hasil besar untuk rantau ni.

    Trump Kembali Ke ASEAN: Diplomasi Gaya Malaysia Berjaya Tarik Perhatian Dunia!

    Siapa sangka, Malaysia berjaya ‘memujuk’ Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk datang semula ke ASEAN Summit di mana perkara ini sesuatu yang jarang berlaku!

    Dalam dunia diplomasi, ini dikira satu diplomatic win. Bukan senang nak buat pemimpin tertinggi dunia seperti Trump hadir dan berbincang secara terbuka tentang isu serantau.

    Lebih manis, sidang kali ni turut menyaksikan termeterainya perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand, hasil usaha Malaysia sebagai orang tengah.

    Bayangkan dua negara berjiran yang lama tegang akhirnya bersalaman atas pentas keamanan yang disaksikan oleh Trump sendiri bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memang moment bersejarah!

    Malaysia Bawa Nafas Baru Dalam Dunia Geopolitik

    Bukan setakat tumpuan dari Amerika, Malaysia juga berjaya tarik perhatian negara-negara lain seperti Brazil dan Afrika Selatan untuk sertai sidang sebagai tetamu kehormat. Ini bukti Malaysia cuba buka pintu lebih luas dan bukannya hanya fokus Asia, malah bina rangkaian global yang lebih inklusif.

    Sidang kali ni juga meraikan ulang tahun ke-20 East Asia Summit (EAS) di mana Malaysia berjaya hidupkan semula platform ni dengan Deklarasi Kuala Lumpur. Perjanjian bersama yang menekankan keamanan dan kestabilan rantau.

    Lebih membanggakan, ini merupakan kali pertama dalam tiga tahun semua negara EAS berjaya mencapai kata sepakat!

    Tumpuan Ekonomi: Dari Perdagangan Hingga Teknologi

    Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia ambil peluang ni untuk kukuhkan ekonomi serantau. Fokusnya jelas, iaitu untuk mengurangkan kebergantungan pada kuasa besar dan kuatkan hubungan ekonomi antara negara ASEAN sendiri.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan, Tak Nak Adik Lalui Benda Yang Sama’

    Beberapa langkah penting diumumkan:

    • ATIGA (ASEAN Trade in Goods Agreement) dinaik taraf untuk mudahkan urusan sempadan, percepat penghantaran barang dan kurangkan halangan bukan tarif.
    • ACFTA 3.0 pula luaskan kerjasama dengan China ke bidang digital dan hijau.
    • DEFA (ASEAN Digital Economy Framework Agreement) pula akan menyelaras undang-undang e-dagang, data, dan pembayaran digital seluruh ASEAN menjelang 2026.

    Kalau semua ni jadi kenyataan, bayangkan betapa lancarnya ekonomi rantau ni nanti — dari jual beli online sampai rantaian bekalan cip semikonduktor!

    Malaysia Tunjuk Contoh Kepimpinan Yang Tenang Tapi Tegas

    Sidang kali ni juga membuktikan yang Malaysia bukan sekadar tuan rumah yang baik malah mempamerkan kualiti pemimpin yang berwawasan. Menerusi penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai ahli ASEAN ke-11, rantau ni kini lengkap sebagai komuniti Asia Tenggara sepenuhnya.

    Lebih penting, Malaysia berjaya tunjuk kepada dunia bahawa negara kecil pun boleh jadi suara besar bila ada hala tuju jelas. Pendekatan diplomasi yang seimbang, tegas tapi hormat, berprinsip tapi fleksibel buatkan Malaysia disegani ramai.

    Lepas Sorotan, Datangnya Tanggungjawab

    Kini tugas sebenar bermula dalam memastikan segala janji dan perjanjian masa sidang diterjemah jadi tindakan sebenar.

    Tapi satu perkara yang pasti, Malaysia dah buktikan kemampuannya untuk memimpin dengan tenang dan berkesan.

    Kalau semangat ni berterusan, sidang ASEAN 2025 akan diingati bukan kerana glamournya tapi kerana tujuannya dalam membina rantau yang lebih bersatu, makmur dan dihormati dunia.

    Pendek kata, Malaysia bukan sekadar jadi tuan rumah sidang berprestij tapi dah buktikan kita mampu jadi peneraju dalam dunia yang semakin kompleks. Dari diplomasi ke ekonomi digital, Malaysia kini benar-benar berada ‘beyond the summitry’.

    The post Malaysia Pukau Dunia Dengan ASEAN 2025: Bukan Sekadar Sidang, Tapi Bukti Kepimpinan! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah