22.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    LOKALOKO 2026: Artis Legenda & Bintang Baharu Bergabung Gegarkan Zepp Kuala Lumpur

    Shopee Sale

    Konsert LOKALOKO 2026 bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada tahun baharu dengan gabungan artis lagenda dan bintang baharu Malaysia serta Indonesia dalam satu pentas yang sama.

    Artikel Berkaitan: Malique Post Gambar Suasana Konsert KRU, Iman Tang Dedah – ‘Kebetulan Ada Tiket Lebih, Saya Beri Kepadanya’

    Artikel Berkaitan: Norman Abdul Halim Sebak Cerita Keadaan Bapa Kritikal Tiga Minggu Sebelum Konsert – ‘Saya Ulang Alik Hospital’

    Vibe tersendiri

    Konsert ini bukan sekadar genre, generasi atau sempadan tetapi ianya mengenai sebuah manifestasi yang menyatukan semua. Festival muzik ini dibahagikan kepada dua sesi dan masing-masing mempunyai ‘vibe’ tersendiri.

    Segmen pertama akan berlangsung jam 3.00 petang akan menampilkan Butterflies iaitu lagenda grunge tempatan yang tidak asing lagi dengan mempersembahkan lagu-lagu ikonik seperti ‘The Chemistry (Between Us), ‘Epitome’ dan juga ‘Faculities of the Mind’.

    Lebih istimewa, segmen ini bakal menampilkan kolaborasi eksklusif bersama penyanyi dan komposer terkenal, Amir Jahari.

    Gabungan dua generasi ini dijangka memberi pengalaman muzik yang istimewa, apabila energi rock Butterfingers digabungkan dengan sentuhan akustik lembut Amir sekaligus membawa penonton menyelami perjalanan penuh emosi dan nostalgia.

    Karya yang kreatif

    Segmen kedua yang bermula pada jam 8.00 malam bakal mengisi pentas dengan suasana lebih segar bersama kemunculan The Lantis, kumpulan pop retro dari Indonesia yang kini semakin mencuri perhatian pendengar muzik serantau.

    MENARIK:  ‘Fathia Latiff & Zarina Anjoulie Memang Cantik, Tapi Tolong Bertekak Di Sebalik Kamera’ – Oleh Azhar Sulaiman

    Terkenal dengan lagu ‘Lampu Merah’ dan ‘Bunga Maaf’, The Lantis menghadirkan sentuhan nostalgia era 70-an dan 80-an dalam muzik pop kontemporari, menjadikan karya mereka dekat di hati generasi muda.

    Kumpulan pop retro ini turut berkongsi pentas bersama sebuah band indie, Fugo yang semakin menonjol dengan identiti unik dan nuansa ‘nu-vintage’.

    Lagu seperti ‘Pentas Sandiwara’ dan ’99’ membuktikan keupayaan mereka dalam menghasilkan karya yang kreatif, segar dan berjiwa global.

    Sebagai penganjur, Milestone Entertainment konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan sahaja, ianya juga ruang bagi artis lama dan bakat baharu dalam mencipta momen baharu yang dapat dinikmati penonton daripada pelbagai generasi.

    Penjualan tiket bermula dengan harga RM148 dengan pilihan pakej bundle standing yang membolehkan penonton menikmati kedua-dua sesi sekali gus. Semua harga tertakluk kepada yuran tempahan RM6 dan cukai SST 8%.

    Bagi pemegang kad Maybank juga berpeluang untuk menikmati diskaun sebanyak 10%, tertakluk kepada terma dan syarat.

    The post LOKALOKO 2026: Artis Legenda & Bintang Baharu Bergabung Gegarkan Zepp Kuala Lumpur first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah