28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu Bayaran RM18K Masih Belum Selesai, Sharifah Haneesya Tetap Teruskan Kes – ‘Bagi Saya Ini Soal Prinsip’

    Shopee Sale

    Pelakon, Sharifah Haneesya memaklumkan isu bayaran tertunggak berjumlah RM18,000 daripada sebuah agensi selepas mempromosikan jenama kereta terkenal masih belum selesai.

    Artikel Berkaitan: ‘Dulu Orang Kenal Saya Jahat, Liar..Buat Dosa & Confirm Masuk Neraka’ – Haneesya Buka Buku Baru, Pilih Guna Nama Asal

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Rai Kemenangan Di Kelab Malam, Sambut Di Kedai Makan Dengan Mak’ – Haneesya Hanee Tahu Dalang Penyebar Video ‘Clubbing’

    Lantik peguam

    Ketika ditemui , pemilik nama Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 25, berkata sebelum ini peguam mewakilinya sudah menghantar surat tuntutan rasmi kepada individu berkenaan.

    Bagaimanapun, surat itu dikembalikan semula susulan pihak terbabit enggan menerimanya.

    Saya sudah ‘lawyer up’. Tapi biasalah, bila libatkan undang-undang, prosesnya makan masa.

    Peguam saya dah hantar surat, tapi surat itu dipulangkan semula. Mungkin orang itu tidak mahu terima surat tu.

    Jadi sekarang peguam saya sedang teruskan ke fasa seterusnya

    Haneesya berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media filem Malam Terlarang di GSC Mid Valley pada malam Selasa.

    Fikir mendalam

    Mengulas lanjut, pelakon drama Aku Bukan Ustazah 2 itu berkata peguamnya juga menyarankan agar dia berfikir semula tentang tindakan undang-undang yang bakal diambil.

    MENARIK:  Isteri Caprice Tidak Ambil Tahu Cerita Toksik Aliff, Bella & Ruhainies – Waspadalah Sebelum Aku Keluarkan Kenyataan yang Boleh Buat Lagi Kecoh

    Kata Haneesya, proses mahkamah berkemungkinan mengambil masa lama dan menelan kos tinggi.

    Peguam saya pun tanya, ‘awak pasti nak teruskan ke?’. Sebab naik turun mahkamah, bayar itu ini, kadang-kadang orang rasa tidak berbaloi. Tapi bagi saya, ini soal prinsip.

    Selepas saya kongsi tentang isu ini, ramai artis mesej saya cakap mereka pun pernah kena dengan orang yang sama.

    Bukan nak tutup periuk nasi orang, tapi individu macam ni yang sebenarnya rosakkan rezeki kami sebagai pelakon dan pempengaruh.

    Yang sedihnya, content saya masih disiarkan oleh pihak syarikat, mereka masih dapat engagement, tapi saya langsung tak terima bayaran satu sen pun tiada.

    Sebelum ini, Haneesya mendedahkan telah menjadi mangsa penipuan selepas bersetuju menerima tawaran penggambaran daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen bagi syarikat automotif ternama.

    The post Isu Bayaran RM18K Masih Belum Selesai, Sharifah Haneesya Tetap Teruskan Kes – ‘Bagi Saya Ini Soal Prinsip’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah