Buah durian digelar sebagai ‘raja buah’ kerana rasa lemak manisnya yang memikat serta mempunyai aroma yang tersendiri.
Artikel Berkaitan: Asam Jawa Bukan Sekadar Bahan Masakan, Ini Khasiatnya Untuk Kesihatan
Artikel Berkaitan: Khasiat Peria Katak Untuk Kesihatan & Kawalan Gula Dalam Darah
Tinggi kalori

Namun, di sebalik keenakan tersebut, pengambilan buah durian tanpa kawalan boleh meninggalkan kesan buruk, terutamanya bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan.
Salah satu perkara yang sering dipandang ringan ialah kandungan gula dalam buah durian.
Walaupun kandungan gulanya berasal daripada sumber semula jadi, pengambilan yang berlebihan tetap boleh menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah.
Keadaan ini menjadi lebih berisiko kepada individu yang menghidap diabetes atau berada dalam fasa prediabetes kerana lonjakan gula dalam darah boleh berlaku dengan cepat dan sukar dikawal.
Selain itu, durian juga merupakan buah tinggi kalori. Setiap ulas yang bersaiz sederhana boleh mengandungi sekitar 60 kalori hingga 70 kalori.
Sekiranya seseorang itu menikmati lima atau enam ulas dalam satu hidangan, jumlah kalori yang diambil boleh melebihi 350 kalori, dan ianya hampir menyamai satu pinggan nasi.
Bagi mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan, pengambilan durian secara berlebihan boleh menyebabkan lebihan kalori disimpan sebagai lemak, terutamanya jika ia tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal.
Dari sudut kandungan lemak pula, durian mengandungi lemak baik yang menyumbang manfaat kepada kesihatan jantung apabila dimakan dalam kuantiti sederhana.
Lemak jenis ini berpotensi membantu mengurangkan paras kolesterol jahat dalam badan.
Di samping itu, ramai juga yang merasakan badan menjadi panas selepas menikmati buah durian. Hal ini disebabkan buahnya bersifat menghangatkan tubuh.
Keadaan ini boleh menjadi lebih ketara terhadap individu yang mudah mengalami sakit tekak, ulser mulut atau demam, di mana pengambilan durian yang berlebihan boleh memburukkan simptom sedia ada.
Risiko ini turut meningkat sekiranya buah durian dimakan bersama makanan atau minuman tinggi gula dan lemak seperti pulut bersantan atau kopi manis, yang boleh menyebabkan paras gula dan kolesterol meningkat secara mendadak.
Selain itu, raja buah ini juga tidak sesuai diambil bersama alkohol. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kedua-duanya ini boleh membahayakan kesihatan, dan menyebabkan loya, muntah, serta mabuk yang lebih teruk.
Sumber: Relevan
The post Sedap Tapi Bahaya! Ini Risiko Jika Makan Durian Berlebihan first appeared on OHBULAN!.





