31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu ‘Spill Tea’ Sarah Yasmine Pula? Dedah ‘Screenshot’ Permintaan Duit 5,000 & Barangan Mewah Melalui DM

    Shopee Sale



    Sarah Yasmine

    Seorang individu memuat naik skrin tangkap layar memaparkan mesej yang pernah diterima daripada Sarah Yasmine melalui mesej pesanan ringkas (DM) di Instagram.

    Minta duit?

    Sarah Yasmine

    Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat Sarah membalas kepada salah satu hantaran di Instagram Story milik individu berkenaan dengan meminta wang sebanyak RM5,000.

    Selain itu, wanita asal Singapura itu juga dilihat pernah meminta individu berkenaan barangan jenama mewah.

    Bagaimanapun, individu tersebut hanya membalas ‘haha’ tanda dirinya terhibur membaca mesej yang dikirim.

    Pun begitu, selang beberapa minit kemudian, kekasih kepada aktor Aliff Aziz itu berkata, mesej yang dihantar kepada individu tersebut hanya sekadar gurauan.

    Terdahulu, nama Sarah Yasmine tiba-tiba meledak dan menjadi sebutan ramai apabila dia membuat pengakuan bahawa dirinya kekasih kepada Aliff Aziz dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

    MENARIK:  Nama Dipetik, Janna Nick Dakwa Pernah Diburukkan Ibu Puteri Balqis Dalam Group WhatsApp Selebriti – ‘Sejak Tu Saya Dipulaukan’

    Menurutnya, tujuan dia membuat pendedahan secara terbuka adalah bertujuan untuk membongkar rancangan aktres Ruhainies yang didakwa ingin menjatuhkan Bella Astillah.

    Selepas itu, satu demi satu pendedahan dibuat Sarah Yasmine sehingga melibatkan lebih ramai pihak termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah