Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati keadaan bilik asrama anaknya didakwa kotor, bersawang dan dipenuhi habuk pada hari pertama kemasukan.
Artikel Berkaitan: ‘Berkata Jujur Tak Selalu Manis, Kadang Yang Pedih Didengar Itulah Paling Benar’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: YDP & Naib YDP MUAFAKAT MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini, Dakwa Digelar ‘Prof Kangkung’ & Gila Jawatan
Bilik bersawang, almari berhabuk

Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita berkenaan berkongsi pengalamannya ketika menghadiri sesi pendaftaran pelajar Tingkatan 1, termasuk taklimat bersama pihak sekolah.
Dakwa wanita itu, dalam taklimat tersebut pengetua sekolah memaklumkan bahawa pelajar perlu belajar berdikari, termasuk mengemas sendiri bilik dan barangan masing-masing.
Masa taklimat pelajar Tingkatan 1, pengetua sekolah cakap biar pelajar berdikari dan kemas sendiri barang-barang mereka.
Tapi, ibu yang sibuk mengelap segala habuk, sawang dan kulat-kulat dalam almari budak ini. Sapu segala tahi cicak di lantai dan susun barang-barang.
Hantaran itu kemudian menarik perhatian pelakon, Rita Rudaini yang meluahkan rasa terkilan melihat keadaan bilik asrama berkenaan.
Aiyo, kenapa.. kenapa… kenapa? Sepatutnya semua dah bersih untuk sambut anak-anak balik maktab. Maaf lah anak-anak, aunty (Rita) rasa malu.
Sumber: Threads
The post Ibu Dakwa Bilik Asrama Anak Bersawang & Almari Berhabuk Pada Hari Pertama Pendaftaran, Rita Rudaini Respon – ‘Aiyo, Sepatutnya Dah Bersih’ first appeared on OHBULAN!.





