
Pelakon dan usahawan, Hairul Azreen mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan rasa cinta terhadap isteri, Hanis Zalikha.
Hantar mesej

Menurut Hairul atau nama lengkapnya Hairul Azreen Idris, dia akan menghantar mesej romantis kepada Hanis setiap malam meskipun mereka tinggal serumah.
Hairul berkata, cara tersebut dilakukannya sejak awal perkahwinan mereka lagi.
Saya mesej dengan Hanis tiap-tiap malam sebelum tidur walaupun kami satu rumah. Kita boleh berborak, tapi saya suka mesej.
Bila malam sebelum tidur saya akan berada di bilik gimnasium di rumah, Hanis pula akan bersama anak. Ketika itulah saya akan mesej dia.
Kami memang selalu berborak mengenai banyak perkara seperti bisnes, perancangan dan banyak lagi. Jadi, sebelum tidur saya fikir perlu mesej untuk beritahu apa yang saya rasa.
Hairul berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk kesihatan yang diusahakannya bersama Hanis, Toujours Advanced di Guardian, The Exchange, TRX pada Isnin.
Baru bercinta
View this post on Instagram
Dalam pada itu, aktor berusia 37 tahun tersebut mengakui dia bukan seorang lelaki yang pandai meluahkan perasaan.
Justeru, menghantar mesej kepada isteri adalah sebagai salah satu cara Hairul untuk menyemai rasa cinta.
Mungkin ada yang fikir takkan nak kena cakap macam itu lagi sebab dia sudah jadi isteri. Tapi saya tidak, dalam 10 tahun ini saya masih lagi macam baru bercinta.
Malah, Hanis juga akan mesej saya panjang. Bila bercakap mengenai keluarga, itu cara saya. Saya tak pandai cakap banyak, hanya mampu berikan yang terbaik sahaja.
Selepas melamar di Gegar Vaganza dulu, saya cakap mungkin dia takkan dapat yang istimewa lagi sebab saya sudah tak tahu hendak buat apa.
Selain itu, pelakon filem Paskal tersebut turut menghangatkan kembali momen-momen di awal percintaan mereka.
Saya selalu ulang balik momen semasa kami ‘couple’ dulu sebab mahu terus rasa perasaan seperti mula bercinta.
Kalau dulu saya selalu impikan untuk dapat duduk selalu bersama dia. Sekarang bila sudah dapat, saya pegang tangan dia dan sama-sama imbau kembali semasa mula bercinta dulu.
Untuk info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Jun 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 9 dan Alisa Aisyah, 6.





