Penyanyi rap dan wakil rakyat, Altimet mendedahkan pendapatannya sebagai penyanyi sebenarnya lebih lumayan berbanding ketika berkhidmat di Dewan Negeri Selangor.
Artikel Berkaitan: Tular Video Peniaga Dakwa Penguat Kuasa Makan Rasuah, Ini Respon Altimet
Artikel Berkaitan: ‘Jika SFC Sudi, Saya Nak Sumbang Separuh Royalti Untuk Bayar Denda Ini’ – Altimet
Tidak termasuk pendapatan pasif
Menerusi sesi podcast Apa Cerita Podcast di TikTok, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad mendedahkan gaji asas bersama elaun yang diterimanya sebagai wakil rakyat, selepas potongan tertentu, dianggarkan sekitar RM16,000 sebulan.
Namun, apabila dipuratakan dengan pendapatan lain, jumlah keseluruhan boleh mencecah antara RM100,000 hingga RM120,000 sebulan sebagai pendapatan aktif, tidak termasuk pendapatan pasif seperti royalti.
Dari segi potensi pendapatan, menjadi seorang penyanyi sebenarnya lebih tinggi.
Saya berkhidmat sebagai wakil rakyat di Dewan Negeri Selangor, iaitu gaji wakil rakyat antara yang tertinggi dalam kalangan ADUN.
Gaji asas saya bersama elaun selepas potongan sekitar RM16,000 sebulan.
Tetapi apabila dipuratakan dengan pendapatan lain, jumlahnya boleh mencecah RM100,000 hingga RM120,000 sebulan sebagai pendapatan aktif, belum termasuk pendapatan pasif seperti royalti.
Jika ingin kaya, berniaga

Kata Altimet, peralihan kerjayanya sebagai seorang penyanyi kepada wakil rakyat, menyaksikan penurunan pendapatan sekitar 85 peratus hingga 95 peratus.
Altimet turut menjelaskan bahawa wakil rakyat ialah kakitangan kerajaan yang menerima bayaran daripada kerajaan negeri.
Peralihan kerjaya saya sebagai penyanyi dan menjadi seorang wakil rakyat, menyaksikan penurunan pendapatan sekitar 85 hingga 95 peratus.
Wakil rakyat adalah kakitangan kerajaan yang dibayar oleh kerajaan.
Dan untuk saya, bayaran datang daripada kerajaan negeri.
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Amboi itu menegaskan bahawa sekiranya ingin mencapai kekayaan disarankan menceburi bidang perniagaan, sebagaimana penglibatannya dalam industri muzik.
Saya percaya, jika ingin kaya, seseorang itu perlu berniaga, seperti yang saya lakukan dalam industri muzik.
Ada juga hadis yang menyebut sembilan daripada sepuluh pintu rezeki datang daripada perniagaan.
Manakala selebihnya melalui makan gaji.
Jadi, jika ada toleransi terhadap menghadapi risiko dan ingin mencapai kekayaan, berniaga adalah antara jalannya.
Sumber: TikTok Apa Cerita Podcast
The post ‘Gaji Bersama Elaun RM16,000, Bila Dipuratakan RM100,000 Hingga RM120,000 Sebulan – Altimet first appeared on OHBULAN!.





