32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [FOTO] ‘One Step Closer’- Atiq Azman, Alia Kerul Bertunang

    Shopee Sale



    Pelakon Atiq Azman akhirnya mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan yang dikenali sebagai Alia.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mengaku Memang Salah Tayang Aurat & Tidak Jaga Batas’ – Atiq Azman

    Artikel berkaitan: Atiq Azman Kongsi Foto Kekasih? Buat Aksi Mesra Dalam Kereta Siap Main Cuit Pipi & Laga Kepala

    One step closer

    Menerusi beberapa posting di Instagram, Atiq dan Alia selamat melangsungkan majlis pertunangan mereka semalam. Memakai busana berwarna ungu cerah, Atiq turut meletakkan kapsyen ‘one step closer’ di posting tersebut di mana hanya satu langkah sahaja lagi mereka bakal bergelar suami isteri.

    Majlis yang dipercayai diadakan secara tertutup itu dihadiri keluarga, saudara mara dan sahabat mereka sahaja. Menerusi pemerhatian pihak selebriti dan usahawan popular, Datuk Ifa Raziah dan suami turut hadir majlis pertunangan Atiq.

    MENARIK:  ‘Peringatan Kepada Saya & Peniaga Kecil Bila Berniaga Jagalah Keberkatan’ – Khairul Aming

    Di ruangan komen pula, rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat Atiq. Pada masa yang sama, mereka tidak sabar untuk melihat pelakon drama ‘Nur’ itu berkahwin.

    Terdahulu, Atiq atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah bin Raja Azman Syah memberi ‘hint’ bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

    Semoga dipermudahkan

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah