29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elly Mazlein Kini Bertudung, Hati Terjentik Tengok Jihad Sukarelawan GSF – ‘Rasa Insaf & Kagum Dengan Mereka’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein mengakui kuputusan untuk bertudung dilakukan ikhlas selepas hatinya terjentik melihat perjuangan para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

    Artikel Berkaitan: Fazura Tangguh Post Video Hadiah ‘Birthday’ Fatima, Hormat Isu GSF & Rakyat Gaza

    Jihad sukarelawan GSF

    Elly atau nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, tiada istilah percubaan dalam membuat keputusan untuk berhijab, sebaliknya kesedaran timbul selepas mengikuti rapat perkembangan misi kemanusiaan itu.

    Saya mohon semua doakan yang baik-baik untuk saya. Sudah tentu saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Jadi, tolonglah doakan yang baik-baik.

    Sebenarnya tiada istilah cuba-cuba. Kadang-kadang jihad seseorang itu yang buat diri rasa insaf. Rasa kagum dan sangat hebat, terutama sekali melihat semangat rakan-rakan yang terlibat dengan misi GSF ke Gaza.

    Elly berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Shah Alam, pada Ahad.

    Tambah pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu, perjuangan para sukarelawan di bumi Palestin membuka mata dan hatinya tentang erti sebenar pengorbanan, keberanian dan keteguhan iman.

    Apabila bercerita tentang mereka di Gaza, saya nampak betapa hebatnya perjuangan mereka. Mereka berjuang dengan penuh semangat dan perkara itu seharusnya menjadi inspirasi untuk kita semua.

    Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang sentiasa bersama mereka.

    Saya hanya mengharapkan agar kita semua terus kuat dan sabar menanti berita baik daripada perjuangan mereka. Marilah kita sama-sama doakan agar mereka selamat sampai ke tanah air.

    Dalam masa sama, Elly turut menegur segelintir pihak yang masih mempertikaikan usaha murni para sukarelawan yang berjuang membawa mesej keamanan.

    Saya mohon sangat, hentikan kata-kata yang bukan-bukan. Usaha mereka itu cukup baik. Mengapa perlu kita patahkan semangat mereka dengan kata-kata yang tidak cerdik? Tak payahlah nak persoalkan itu dan ini.

    Daripada kita sibuk mempertikai, lebih baik kita sama-sama doakan mereka yang sedang berjuang dalam misi Global Sumud Flotilla.

    The post Elly Mazlein Kini Bertudung, Hati Terjentik Tengok Jihad Sukarelawan GSF – ‘Rasa Insaf & Kagum Dengan Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Watie Hanifiah Faham Perasaan Diejek, Tak Pandai Kendali Emosi Punca Remaja Lari Rumah – ‘Bukan Mudah Nak Hadap’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah