30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua Akaun TikTok Disekat, Netizen Nasihat Kieda Crepe – ‘Sebenarnya Diam Itu Lebih Baik’ 

    Shopee Sale



    Usahawan Kieda Crepe memaklumkan dua akaun TikTok miliknya telah disekat sejak malam tadi.

    Dua akaun disekat

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Kieda atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra, memuat naik tangkap layar dua akaunnya yang telah disekat oleh pihak platform tersebut.

    16 hari lagi nak keluar Big Tour, Allah bagi ujian hebat.

    Dua akaun serentak kena banned, walhal lagi satu akaun tak buat siaran langsung pun.

    Semoga ada rezeki dapat balik. Tolong doakan semua.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa akaun tersebut disekat adalah berpunca daripada laporan pengguna TikTok yang kurang senang dengan tindakan Kieda bertemu dengan pelanggannya sebelum ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Arwah Nidza Afham Sempat Hadir Ke Expo Perkahwinan Bersama Kekasih, Tersenarai Sebagai Bakal Pengantin

    Dalam masa yang sama, warganet juga menasihati Kieda supaya mengambil iktibar daripada isu tersebut dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

    Terdahulu, seorang wanita memberi ulasan jujur dengan mengatakan ‘crepe’ yang dijual Kieda tidak sedap selain harga yang diletakkan tidak berpatutan.

    Tidak lama kemudian, Kieda berjumpa dengan wanita terbabit dan mendakwa tindakannya telah memberi kesan negatif kepada syarikat. Malah, Kieda telah memulangkan semula wang wanita itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah